March 16, 2009

Mengapa teriak ? Hati tidak berjarak

Di suatu pagi yg hening, guru bertanya pada pelajar2 nya ; "Mengapa ketika seseorang sedang marah, ia akan berbicara dengan suara yg kuat atau berteriak?"



Seorang pelajar menjawab ; "Kerana saat itu, ia telah hilang sabar, lalu berteriak."



Guru membalas ; "Tapi...Lawan bicaranya tidak jauh, hanya di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Mengapa tidak berbicara dengan baik?"



Semua pelajar memberi jawapan dan alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik, tetapi tiada satu pun jawapan yang memuaskan hati.



Guru bertanya lagi ; "Ketika 2 org sedang berada dalam situasi marah, jarak kedua2 hati mereka sangat jauh w/pun fizikal mereka sangat dekat. Lantas mereka berteriak lantaran jarak hati yg sangat jauh. Peliknya, semakin keras berteriak, api kemarahan semakin naik dan secara sendirinya jarak hati yg sedia jauh menjadi semakin jauh lagi. Kerana itu, mereka semakin berteriak keras."



Sambung guru ; "Sebaliknya, lihat apa yg terjadi pada org yg saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, malah ketika berbicara, suara mereka begitu halus dan lembut, namun masih jelas untuk didengari oleh kedua-duanya. Mangapa sedemikian?"



Pelajar2 tersebut berfikir dengan serius....namun tiada siapa yg memberi jawapan.



Guru menjawab ; "Kerana pasangan bercinta, hati mereka sangat dekat, hati mereka tidak berjarak. Tidak perlu berkata-kata, pandangan mata sahaja sudah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yg ingin disampaikan."



"Ketika kita sedang marah, jgn lah hati kita menciptakan jarak. Dan jgn sesekali mengungkapkan kata2 yg menambahkan lagi jarak antara kita. Mungkin ketika itu, adalah bijaksana kiranya kita tidak mengungkapkan apa jua kata2. Kerana...waktu akan membantu kita"



Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan baik, mampu mengalahkan mereka yg mempunyai kemampuan yg lebih banyak......





Petikan : Luahan Rasa -Mingguan Malaysia 25 Feb 2007 (my own collection)

No comments: