July 20, 2009

RaHs!A 5 jAr!


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskankan jari ke depan dlm keadaan terbuka & renung dalam2. Itulah kewajipan solat 5 waktu & jangan kita abaikan.


3. Letak tangan atas meja & perhatikan. Mula dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar& terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Semua bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri kesan yg besar pd masa depan.


4. Tgk jari kedua, jari manis. Macam usia remaja..semuanya manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.


5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. pada usia 30 kita ada status, ekonomy & kerja yg stabil tp kita perlu hati2 sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yg datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 Oleh itu, kita kena lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk dan gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Begitulah dgn kita yang perlu jadi role model kpd generasi hari ini, jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas .


7. Akhir sekali, lihat kepada ibu jari..besar/gemuk & pendek berbanding jari2 lain yang menunjukkan kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tiada ibu jari...sukar utk genggam/pegang sesuatu... kepada generasi muda, nak buat apa pun jua, rujuk lah pada org tua/berpengalaman.

No comments: