December 24, 2009

HIJRAH SEORANG ANAK, ABANG & ADIK

I'm a big sis to 3 heroes....memasing ada karakter dan perangai tersendiri. Whatever it is..i'm proud to be their sis..

My young brother...dia khalifah kecil kedua dalam keluarga selepas abah. Tp apa kan daya...atas kelalaian syurga dunia...dia terbabas dari landasan yang sepatutnya. Tp, mana mungkin dia dibiarkan terus lalai tanpa bimbingan, sokongan dan panduan.

Alhamdulillah, pada 4 Muharram 1431 Hijrah...my young brother make us proud..dia rela untuk berhijrah, tanpa paksaan. Syukur pada yang Esa atas termakbulnya doa kami sekeluarga.

Hijrah seorang anak kepada kedua abah dan mak yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mereka. Menitis air mata mak tatkala penghijrahan tersebut bermula.

Hijrah seorang abang kepada kedua-dua orang adiknya. Seteruk mana pun seorang abang...mana bisa adik2 membencinya. Dia teraju utama keluarga selepas abah.

Hijrah seorang adik kepada kakak iaitu aku yang bergelar kakyong.....Mana mungkin aku sebagai kakak membiarkan adik aku terus hanyut dengan syurga dunia. Mana mungkin aku berdiri melihat mak & abah sedih atas kekhilafan anak kesayangan mereka dan mana mungkin aku biarkan adik2 yang lain memandang rendah pada abang mereka sendiri.

Hijrah adik ku yang bernama SAZALI adalah hijrah paling besar dalam sejarah kehidupan keluarga. Alhamdulillah...

Hampir 4 hari dah berlalu...setiap saat aku teringatkan dia. Terasa kesakitan dan seksa yang ditanggung demi hijrah ke arah positif. Doa pada yang Esa moga adik aku dapat menahan segalanya...InsyaAllah..

No comments: