March 13, 2010

KELAS ANTENATAL @ HOSPITAL PUTRAJAYA

This is my first pregnancy....excited? Gila lah kalau tak excited...syukur pada YANG ESA atas kurniaan terindah ni. Moga kandungan ni sihat sejahtera hingga saat kelahiran.

Macam bakal parents yg lain, aku ngan hubby do & try the best preparations utk sambut kelahiran our first child. Antaranya, join kelas antenatal- kelas persediaan yang dianjurkan oleh Hospital Putrajaya.
Alhamdulillah, kelas ni sangat seronok & banyak pengetahuan yang diperolehi untuk digunakan kelak sebelum, semasa dan selepas deliver. Hanya 8 pasangan saja yg diberikan tempat utk setiap sesi. Bayaran plak, RM50 either dtg ngan pasangan ataupon sorang jer. Murah jer & berbaloi-baloi dengan ilmu yg kita dapat. Semasa buat appointment, kena bayar deposit RM30. Kelas ni dibuka utk yg kandungannya dan 5 bulan.






muka teruja sebelum kelas start

Program start pukul 8.00 utk pendaftraan peserta. Then mula dengan ceramah pertama : Pengenalan Mengenai Kehamilan-Proses Bersalin. Melalui ceramah ni, boleh lah tau, ada 2 jenis kehamilan: normal & abnormal, then pelbagai cara bersalin. Seterusnya ceramah kedua mengenai Pemakanan Semasa Hamil. Ini bagi aku an add point je coz all pregnant ladies should know pasal pemakanan since awal kehamilan lagi.

Minum pagi ada disediakan sejurus pas sesi ceramah ke-2 tamat. Not bad makanannya- ada mi goreng, buah, air & kuih. Lepas lah utk breakfast. Pas minum pagi, sambung ngan sesi ceramah ke-3 iaitu persediaan bersalin. Lebih kepada apa yg patut dibuat & disediakan bagi menyambut kelahiran anak termasuk penekanan kepada kepentingan susu badan. Ada ditayangkan video proses kelahiran (cara normal). Waduhhh....seram sejuk. Tp ni yg akan dilalui. Bila tengok that mummy (dalam video) sakit meneran..semua jerit arghhhhhhhhhhhh...tp pas baby dah kuar & that mummy senyum lega & breastfeed her baby, semua senyum seolah-olah dapat merasakan kegembiraan yg sama. And of cos, perasaan tu aku akan rasa...insyaAllah.




Then, sesi ke-4 plak adalah masa yg aku tunggu. Yeahhh, Demonstrasi Senaman Antenal. So, sesi ni ajar a few senaman yang should be practice by mummy utk memudahkan bersalin kelak. InsyaAllah. Suami pon kena amik part...hehehhe. Ye lah, anak you all gak kan...





And the last session adalah lawatan ke Dewan Bersalin. Urmmm...kecik je biliknya tp serba serbi lengkap. Lawatan hanya terhad ke Dewan Bersalin utk kelahiran normal, no visit to Dewan Bedah bagi yg bersalin secara pembedahan. Dalam hati aku cakap..ni lah bilik yg aku akan lahirkan anak aku..insyaAllah...(^o^)


Alhamdulillah...semua berjalan lancar. Lebih kurang pukul 1, kelas dah tamat and don't worry to all couple yg bekerja..time slip ada diberikan. So, pas kelas, leh sambung kerja. And dicadangkan kepada semua bakal ibu bapa terutamanya anak pertama utk join kelas ni. Pada sesapa yg berminat, boleh contact Hospital Putrajaya di talian seperti berikut:

JT Narry : 03-83124200samb. 3101 atau JT Laily : 03-83124280


And last but not least, terima kasih pada semua nurse & doc yg terlibat dalam kelas ni..sangat bagus & thumbs up to all of you...



yeaaa...dah abis, kita makan lagi.....beli sendiri kkat kafe :)





p/s : pas ni wanna join breastfeeding program plak.. :)

No comments: