- Membantu mengecutkan rahim --> mengurangkan pendarahan
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- Menjimatkan masa dan wang --> susu formula terlalu mahal lah
- Mudah
- Mengelakkan bengkak payudara
Apa pun..sebagai umat Islam...di dalam al-Quran sendiri ada ayat yang diperturunkan yang menerangkan suruhan Allah supaya menunaikan hak & t/jawab utk menyusukan anak, sepertimana firman Allah S.W.T. dalm Surah al-Baqarah : 233 :
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan & pakaian kpd ibu itu menurut kemampuannya. Jgn lah menjadikan seseorang ibu itu menderita krn anaknya, dan (jgn jg menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris jg menanggung kewajipan yg tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dgn persetujuan (yg telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak2 kamu menyusu kpd org lain, maka tdk ada salahnya bg kamu apabila kamu serahkan (upah) yg kamu mahu berikan itu dgn cara yg patut. Dan bertaqwalah kamu kpd Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yg kamu lakukan."
Makanya...moga semua bakal2 ibu..dan of cos myself, dpt menyusukan bayi dengan susu ibu..insyaAllah..
p/s: dalam solat, sentiasa berdoa moga aku dapat susukan bayi aku kelak dgn susu badan. Dari segi mental & fizikal, aku bersedia sepenuhnya..namun, kuasa Allah tetap penentu segalanya :)
No comments:
Post a Comment