March 19, 2011

JUS PERIA KATAK & EPAL HIJAU


Salah satu petua petui yg aku dapat utk control or hilangkan terus GDM (diabetes semasa hamil) adalah dgn minum jus peria katak & epal hijau. At first, dgr je peria katak terus mencebik coz tak payah rasa, kompom pahit. Siap tanya mak lagi pendapat dia. Mak pun suruh minum gak coz mak pun pernah minum & amalkan. Alhamdulillah kencing manis turun.

So...dgn berat hati, terus blend si peria katak yg menggerutu tu ngan si epal hijau yg haluuuuus je.


Blend punya lah lama konon nak pastikan sis2 si peria katak tu hancur lumat tanpa perlu ada cebisan2 yg kot2 tergigit..pahit tak hengat kan..hahahhaha.Tapis punya tapis, dapatlah segelas jus tu.



Patutnya en.suami kena test dulu jus tu (ikut perjanjian asal), but janji tinggal janji. Aku gak kena mencemar dulu since yg kena GDM adalah aku, bukan en.suami. 1st try, minum guna sudu. amik hujung sudu je. Arghhhhhhkkkkkk...pahit nya. Tapi demi nak control GDM ni sebab esoknya kena wat ujian darah, gagah kan lah jugak minum.

Hasilnya....alhamdulillah dgn izin Allah, 3 daripada 4 ujian darah yg dibuat, semua ok & dibawah paras GDM. Tp kantoi utk ujian ke-4. Hanya kerana sebiji pau daging...huhuhuhu. So, pas ni kena minum lagi.

Yg pasti, GDM ni semua kena paham, ia melibatkan gangguan hormon. So, bila hormon dah terganggu, even tak makan apa pon ujian tu leh kantoi. Yg paling utama, amalkan segala petua yg ada sebagai salah satu daripada usaha kita, berdoa dan bertawakal pada Allah & jgn stress. InsyaAllah...moga segalanya selamat. Terima kasih pada kengkawan yg sudi berkongsi petua ni.

4 comments:

Izan said...

As salam,
Doktor baru jer diagnose saya GDM juga. Nak tanya beberapa soalan
1. Orang macam kita ni kena minum tiap tiap hari ker?
2. Macamana cara nak blend peria katak tu? dengan biji semua sekali atau buang bijinya?

terima kasih ya

miezahassan said...

wasalam izan :)
1st of all, Izan jgn stress because of this GDM. Take it +ve. Sbb nya, bila ada GDM ni, subhanallah..kita secara otomatiknya kawal pemakanan kita.

Utk soalan tu..

1. Terpulang nak minum bila2. Mcm sy, minum selang sehari. Tak lalu lah nak minum hari2.

2. Buang biji & potong2 sket pastu blend ngan epal. Pas blend, sy tapis utk amik airnya.

Kena ingat, jus tak sedap ni bukan penawar mujarab..yg paling utama kita punya disiplin utk ctrl pemakanan kita..

PUAN THALHA : said...

1. Terima kasih atas petua nih. Saya pun ada gdm. 5 bulan baru ada. huhu. sekarang kene suntik inslin 1 hari 4 kali. Inshaallah akan amalkan petua ini :)

Anonymous said...

I dah try i x ada gdm tp i nk buang lemak hopefuly blh lah kan n wow hasil ya best bdn sgr