March 26, 2011

SCAN BABY 3D/4D YANG MURAH


Hajat nak buat scan 3d/4d dah tercapai.

Jenuh google hospital/klinik yg tawarkan perkhidmatan tu & bertanya pada yg pernah buat. Semua tu untuk dapatkan tempat yg tawarkan perkhidmatan yg baik.

Memang banyak untuk yg stay kat KL/Selangor/Putrajaya ni. Hospital An-Nur & Hospital Pusrawi adalah 2 tempat yg aku pertimbangkan. At last baru teringat yg masa 1st pregancy dulu ada hajat nak buat scan 3d/4d & kawan cadangkan buat di Vision College (VC) . Kat VC ni, bayarannya sangat murah compare to private hospital. At the end, hasilnya sama aje. Kat private hospital, bayarannya paling murah RM200, sedangkan di VC ni bayarannya baru RM90. Hahhhhhh...bnyk bezanya tuhhh. Kalau tahun lepas lagi murah, RM60 je. Walaupun naik RM30, tp still murah & berbaloi-baloi.

Kalau boleh nak post pic scan tu tapi en. suami tak izinkan. Katanya itu untuk aku & dia aje :)

So...pada yg masih tercari2 tempat nak scan 3d/4d ni, mungkin perkhidmatan yg disediakan oleh VC ni boleh dipertimbangkan. So, contact detail utk VC :

Vision College
127, Jalan SS 6/12
47301 Kelana Jaya, Selangor.
Tel : 03-7803 8300 ----> Bila call tu..amik line ke.2 (pusat diagnostic)

Bila call nnt, ckp je nak buat appointment utk scan 3d & sebelum tu tetapkan lah tarikh mana yg kita nak pi & ada option lain gak takut tarikh yg kita book tu penuh. Cumanya, VC hanya beri service utk kandungan yg berusia 30 minggu ke atas (if not mistaken).

Secara jujurnya....sangat berpuas hati dgn apa yg aku dapat & lihat dari scan 3d/4d ni (VC akan bg cd yg ada pic & video scan tu), walaupun, hanya 5 minit je dapat tgok muka baby. Ini hanya lah opsyen lain yg ada utk dipertimbangkan pada sesiapa yg berhajat nak buat scan 3d/4d. Bila dah buat, aku & hubby sama-sama setuju, kalau pun bayar rm300 untuk scan 3d/4d ni, tak kisah lah sebab sangat2 berbaloi. Sepanjang hari lepas scan, aku & hubby gembira & bahagia sangat2. Balik rumah, tengok berulang2 cd yg dibekalkan (even masa entry ni ditulis pun, still melihat cd tu).

Apa pun....yg paling utama adalah kesihatan baby. Moga segalanya selamat...insyaAllah :)


p/s : sedikit update; pd yg nak ke VC ni, bangunan nya agak tersorok & susah nak cari kalau tak biasa. Tp, utk memudahkan, kalau nampak KFM Furniture Shop, VC kat sebelah belakang dia lah tu...intai2 sure nampak :)


No comments: