April 13, 2013

HARI TERAKHIR & KALI PERTAMA

Alhamdulillah...

Hari ni 13.4.2013, makanya genap sudah 44 hari berpantang. Yeayyyyyyyy..hip hip hooreeyyyyyy
Rasa hepi ni tak tergambar dek kata2..terasa cam nak lompat bintang tinggi2..itu lah tahap hepi nya aku bila hari ini, hari terakhir berpantang tiba jua. Pas tu ayat standard kuar...kejap je dah 44 hari..sebelum ni rasa macam lambatnya hari nak berlalu..hahhaha.

Gila tak hepi..bayangkan tahap kebosanan yg perlu dilalui. Duduk diam2 dalam rumah (tanpa ambil kira 2 kali aku keluar rumah naik motor pi klinik & kedai), makan berpantang, no sayur kecuali kucai, kecur air liur tengok insan-insan lain makan seenak-enaknya (kala ini ketayap yg tak berapa nak makan pon jadi serupa indulgence cake). Belom lagi tahan sabar tengok adik minum ice blended. Choiiiii betoi, sahaja ja membangkitkan rasa jeles didalam hati.

Cakap kat mak dah last day, selamba mak jawab, hang tu tak serupa orang pantang pon. Stokin entah ke mana, bengkung tak pakai, minum bergelen-gelen, minyak tak bersapu...oppsss & hehehe.

Hari terakhir bersamaam dengan usia Azra 44 hari. Dalam tempoh 44 hari ni, jujurnya, hari ni juga adalah kali pertama aku mandikan Azra. Yang lain semua tok dia yang mandikan :) Bukan tak mau bagi mandi. Aku kan dalam pantang..so, mak cakap tak payah bagi mandi anak lagi..nanti jatuh kang..bentan kang..aku pon ok jerr walaupun dulu masa Aziq, ada beberapa kali aku bg mandi dalam tempoh berpantang. Kali pertama mandikan Azra ni pon sebab mak pi baca Yasin kat kampung sebelah. Kalau tak, memang tak dak lah tajuk kali pertama hari ni. Ahaksss

Well...sepanjang berpantang, dalam menghadapi hari yang terasa sangat panjang dan membosankan, pelbagai agenda telah disusun & to-do list yang akan dibuat selepas berpantang & masuk kerja nanti. Ala-ala azam tahun baru...ada lah tu yang tak terbuat. Macam biasa...urmmm. yang pasti, satu agenda utama iaitu Birthday Party untuk Aziq akan dilaksanakan. Anak bujang mama dah nak masuk 2 tahun uoalsss..

p/s : Esok nak menyambut habis pantang dengan burger paksu & teh ais.. AIS ?????

No comments: