August 19, 2013

BILA ADA ANAK PEREMPUAN : BERKHATAN

Bismillahhirrahmanirahim

Alhamdulillah.....dah lama tak mencoret, sampai nampak habuk2 di dalam blog seindah biasa ni. Boleh jadi blog sepenuh habuk dah..ahahaha.

Pejam celik, pejam celik, anak dara dah menjengah usia 5 bulan. Alhmdulillah Azra membesar sebagai baby girl yg sihat & membahagiakan mama, papa & abg Aziq :)

So, bila ada anak perempuan ni..byk benda yg aku baru belajar/tahu dan kena belajar/tahu. No..no..no..ia bukan sekadar bila ada anak perempuan, antara ekspresi kita :  'eiiii...cantiknya dress tu...eiii...geramnya tgok baju bby girl ni...comel lah..cantik ni kalau bby pakai and bla bla bla'

So, one of the new-tapi-tak-berapa-new-things yg aku belajar adalah proses berkhatan untuk Azra. Apa yg aku tau, proses berkhatan untuk baby girl perlu dibuat pada usia yg awal atau still baby. Tak sama mcm anak lelaki yg akan berkhatan bila umur dalam 6 tahun. Dari pengalaman kawan2, aku dapat tau yg proses berkhatan utk baby girl boleh buat di klinik swasta yg ada provide the service.

So, since Azra dah cecah usia 5 bulan, aku & En.Suami decide nak 'sunat'kan Azra. Ayat tak hengatttttt :) Klinik pilihan adalah Klinik Dr. Maria. Kenapa klinik ni? Sebab dah selesa dengan perkhidmatan yg diberikan sebelum2 ni untuk Aziq dulu. Tak kisah jauh dari rumah, yg penting kualiti perkhidmatan.

Since proses berkhatan hanya akan dibuat oleh Dr. Maria, kena lah call dulu tanya Dr. Maria ada di branch mana. So, pada hari kejadian, beliau ada di Presint Diplomatik, maka terus kami semua berdesuppppp ke sana selepas sempat pekena Sate Kajang di Warisan :) Charge yg dikenakan adalah RM35..

Time Azra kena panggil., mama dah mula berdebar sbb papa tak bole masuk. Selalu bab2 cucuk, papa akan ada sekali. Dah la mama jenis takut part2 tgok pisau/gunting doktor nih. Bila dah nak 'potong' tu, mama buat2 tgok muka Azra, tapi doktor suruh tgok...arghhhhh....so, gagahkan diri utk tgok gak. Tengok la doktor tu cuci kat tutttt Azra, pas tu, terus....prappppp...siap. Ehhh...mcm tu je ke? cepatnya? alahai keciknya....kahkahkah.....itu reaksi dalam hati aku. Tak seperti yg aku imaginasi kan..So, procedure yg sangat mudah & cepat. Less than 5 minutes. Tu pon Azra meronta2 sket. kalau tak, lagi cepat. Azra nangis pon kejap je..time kena gunting je..lepas tu dah diam. Alhamdulillah, anak perempuan mama dah selesai salah satu perkara yg perlu dilaksanakan tanggungjawabnya oleh mama & papa pada tanggal 17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H @ 2.30pm. Lepas ni anak dara mama dah boleh kawen..hehehhe. Arghhhh, masa, jgn cepat berlalu. Tak nak Azra besar...nnt mama akan rindu seperti mana mama rindu sgtttttt dengan abg Aziq sebagai baby dulu..sekarang abg Aziq dah pon besar...huhuhu

Berkhatan bagi bayi perempuan Islam telah diputuskan wajib oleh Muzakarah tetapi ada kelonggaran jika ia mendatangkan mudarat. Untuk maklumat lanjut boleh refer link e-Fatwa.


No comments: