October 9, 2009

BILA HATI DISAKITI

Salam...pagi jumaat sepatutnya semua ceria...tp ada jugak yg sedih berduka atas seribu satu alasan.

Hari ini...pagi Jumaat yang penuh berkat, hati ini disakiti. Cukup sakit...sangat sakit...terlalu sakit!!

Tapi, mungkin atas kewarasan yang ada, keimanan yg walaupun nipis tp masih mampu jadi tembok untuk mengawal diri - sedaya upaya luka yg terjadi disimpan, pendam walaupun hakikatnya hanya diri dan Allah saja yang tahu.

Bilamana hati disakiti, separuh kepercayaan dan keyakinan pada orang yang sanggup menyakiti hati ini hilang, terbang begitu saja.

Untuk mendapatkan semula kepercayaan dan keyakinan yang hilang tak mudah...mulut boleh memaafkan tp hati yg dah disakiti, tak kan pulih sekelip mata.

Moga hati ini dilindungi oleh Allah agar tidak terdorong melakukan sesuatu yang diluar kewarasan.

1 comment:

azila said...

Dear....Ingatlah dan berdoalah kepada Allah semasa kamu senang atau susah, nescaya Allah akan mengingatimu ketika kamu susah atau senang...