October 6, 2009

SUPERB SUNDAY

Old story. Camni lah kalo kat umah tak dak internet connection. Plan nk pasang broadband dah lama, tp plan still a plan without action :) Tenet kat opis pon slow je within this week...ramai yg main game kot kat FB ..hahahaha

Last sunday, as promised, me & hasben ke rumah bapak sedara hasben utk OH. Sampai agak lewat dan dah ramai tetamu yg sampai which is my SIL, BIL, biras dan anak2 sedara. Wahhh, makanan sempoi..nasi tomato ngan ayam masak merah + udang goreng mentega + jelatah and sub menu laksa, puding. Hebat. Tp aku rasa macam full je makan nasi tomato, sampai tak dapat nak rasa laksa my fav. Huhuhuhu.


Takdak dah tatacara nk makan kat meja...sume bersila jer. Lagi mantap nak makan...

Orang lain dah sudah makan, aku je yang tak abis-abis makan lagi...rezeki....


pak sedara ngan anak2 sedara

Dah selesai rumah sedara pertama, gerak ke rumah sedara kedua plak. Nearby je. Makan lagi. Kali ni ada mi & kuew teaw goreng. Rezeki depan mata makan aje lah kan. Sepatutnya, me & hasben kena ke Kelang utk OH kawan hasben tp terpaksa cancel since all the SIL, BIL decide nak pi umah kitorang. HAH? Dengan tak plan awal & tak bagitau awal2, depa nak mai umah. Goshhhhhh.

Practice make perfect right...kononnya praktikal sebelum ada baby sendiri...nop until now..belum rezeki :(

Nasib aku dah kemas umah awal2 sebelum gerak ke Puchong. So, berkonvoi lah ke Putrajaya. Aku kira semuanya 20 orang yang datang. Tanpa perancangan, apa jer yang aku nk hidangkan. Setakat air je lah kot. Bekas comei nak isi kuih raya pon takdak. Sudahnya, aku angkut ngan balang2 je.
Kecoh tak kecoh umah ...hanya yang dtg jer tau...jiran sebelah pon aku rasa leh dengar bingitnya bunyik. Siap ada yg main futsal tuh...dalam 20 orang tu exclude me & hasben, ada 3 baby, sorang nangis dah cukup menggamatkan rumah.

Dalam dok sibuk diorang wat lawatan dalam umah, ada plak yg cadang nk makan nasi. Apa yg harus aku ngan cik abang nk hidangkan. Yang ada, cuma ikan bilis- so, SIL decide wat sambal tumis ikan bilis jer..Pendek citer, malam tu, dinner a.k.a OH tergempar makan nasi berlaukkan sambal tumis ikan bilis, ikan masin goreng bawang, telur dadar, sayur kacang goreng & sulam ngan air panas jer coz air batu dah abis. Kedai pon dah abis. Ramai bebeno yg buat OH.

Pas semua 20 kaum kerabat gerak balik , frenz aku which is fren kepada suami ku jua - ngan suami nya cakap nk dtg...apa yg nak aku hidangkan, tak lain tak bukan, sama apa yg keluarga aku makan lah. Hahhaha...katanya sedap...thanks to my SIL.Bukan aku yg masak. Hehehhehehe.

Yang pasti, ahad lepas adalah ahad yg superb utk aku & hasben..Susah nk dapat suasana meriah mcm ni even dalam my own family coz aku cuma 4 beradik & aku jer yg dah kawen but still no child...awal lagi beb...baru 4 bulan...

Moga, kemeriahan yg sama berulang sentiasa. Hati hepi..hati senang...bahagia sentiasa...

No comments: