October 11, 2009

PENANG STORY

Lupakan lara, lets story about penang. Old story coz baru berkesempatan post. Sebelum ni duduk kat dalam draft aje.



For the bengkel last Friday till Sunday, we stayed kat Copthorne Orchid Hotel, Tanjung Bungah. Is it tepi laut...yes..tapi aku tak explore. Dapat bilik yang sea view, dapat lihat malacca strait yang luas terbentang. Hotel? urmmm, boleh lah. Tak superb sangat. Just to be honest, the bathroom hancussss. Bayangkan nak shishi (buang air kecil) ngan popo (beyakkkkkkkkk :o ) kena guna gayung. Not a good service. Makanan? Biasa jer. Tak sedap mana & tak lah tak sedap langsung. Kebetulan tak dak selera sangat nak makan, so x bole komen lebey2.


Hari sabtu, kerja dah settle..then me & ati (frenz yang super ceria) & en. Mazlan (my ex-senior officer) gi jejalan around the penang. Memang dulu aku study 3 tahun kat USM, Penang. Tapi maklum, budakkampung, tak kuar jejalan pon. Asal ada weekend yang panjang, balik kampung. Kalau tak, 3 tempat jer yang aku tau - Kompleks Bukit Jambul, Prangin Mall then Komtar. That's all. Lagi satu, jeti. Kalau tak tau tempat ni camno nak nak feri ke Butterworth. Bas nak ke Lumut kat Butterworth je ada.So, kami bertiga naik kereta en. mazlan lah coz dia amik kereta sewa. Terima kasih ye en.mazlan. Tepat dalam pukul 5.30 as promised aku & ati dah tunggu en. mazlan kat lobby hotel. Cisss...pukul 5.50 baru en.mazlan turun. Nasib boss..kalu tak dah kena marah.Hehehehe.

Bergerak tanpa arah tujuan...pusing lah kitorang tanpa matlamat yg jitu :) at last sampai kat Pulau Tikus..owhhh...kat sinilah Gurney Plaza..wakakakka, nama je belajar kat penang hampeh aku tak pernah sampai & tak tau kat mana. Kat sini si Ati sangattttt suka coz mengimbas memori dia pernah kerja kat one of college area pulau tikus. Ada2 aje si superb ceria ni.

Tempat pertama yang kitorang stop by adalah Padang Kota. Singgah utk makan. Rasanya time belajar pernah dtg sini, makan ais krim then naik buaian. tapi kali ni datang makan yang kaw-kaw punya. Tiga orang, tiga perut, tiga mulut, macam2 selera. Order ais kacang - no komen coz aku order teh o ais jer, pasembor yang tak berapa sedap, kerang bakar yang lelah tangan mengopek, sotong bakar yang lenguh mulut mengunyah, char kuew teaw yang mahal tapi tak ler sedap mana. Last2 pasembor ngan kerang bakar tak abis makan.


Owhhh..i'm a little bit shocked bila smpai kat tempat makan (i think medan selera). Setakat peniaga2 yang datang ajak duduk kat meja masing2 tu biasa coz kat pudu pon camni kaedahnya. Tp yang tak tahannya, bila duduk aje, sekelompok perniaga dtg berkerumun. Aku ingat apa, rupanya nak amik order. Uisshhhhh, takut aku dibuatnya.



Then. perut dah kenyang, gerak plak ke Feringgi Walk. Ini idea si Ati coz beria2 dia nk pi. Katanya nk beli barang. Ok, i just follow. Sampai kat Feringgi Walk, aku tertarik ngan 1 signboard. Yess....Tarbush Restaurant. Sini rupanya tapak cawangan Penang. Suddenly i miss the Tarbush - Mr. Akram- GM yang sangat sempoi & baik hati. Still simpan the gifts yang dia bagi. Kak Noor Elizabeth-Asst. Manager yang cantik dan sempoi and all the staff yang enjoy gila.



Kat Feringgi Walk, memang shopping lah. I bought sandal, handbag, fridge magnet & DVD - bukan cetak rompak tp edisi ulang2 cetak. Hehehehhe. Puas hati gak coz all the things memang aku suka. Ada kisah disebalik DVD ni. kisah yang menakutkan jugak lah. One of the DVD's cover aku tak minat coz macam seksi jer heroinnya. Then aku tukar, tp mamat yang jual tu kata yg seksi ni gambar bagus. Ala...aku tak nak la cover tu..kawannya ckp just tukar cd but still mamat tu kata susah lah. Aduhaiiii...ape jer yg susahnya. Aku mula la cuak. At last kawannya tukarkan. Puas hati aku...hahhaha.

Sekarang aku dah balik kerja...lupakan hati yg lara...sudah bisa tersenyum tp parut lara tetap berbekas & tak kan aku lupa sampai bila-bila.

Pada yang memahami lara di hati, terima kasih utk segalanya... :)

No comments: