April 17, 2010

UMRAH....PERJALANAN YG INDAH (PART 1)

Alhamdulillah......syukur atas segala nikmat dan peluang yang diberi oleh Allah....

Akhirnya perjalanan ibadat umrah yang dirancangkan telah berjaya diselesaikan. Syukur yang teramat.

Bersama mak, abah, maklang & paksu, kami sekeluarga selamat menunaikan umrah bermula dari 31 Mac 2010 dan selamat tiba di Malaysia pada 12 April 2010.

Terlalu banyak perkara dan pengalaman indah yang nak diceritakan, dituliskan, dikhabarkan.

Tetapi, keadaan diri yang tidak mengizinkan...makanya, cukuplah sekadar yang ringkas tetapi mampu menguraikan segala keindahan yg aku dan keluarga alami sepanjang perjalanan ibdat umrah ini.

Masjid Nabawi

Perjalanan umrah bermula dengan ziarah ke Madinah al-Munawarah. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Masjid Nabawi, sebak & rasa seperti dlm mimpi. Dalam hati terdetik...ya Rasulullah, umatmu yang lemah ini datang untuk menyucikan diri..air mata mengalir tanpa diduga..keindahan dan ketenangan yang dirasai memang tak pernah aku rasa sebelum ini. Dan, Alhamdulillah, Allah beri aku dan keluarga untuk mendirikan solat sunat di Raudhah..tempat
yang pasti semua umat inginkan....

Di perkarangan Masjid Nabawi bersama mak, abah & maklang



Selepas 3 hari di Madinah, semua ahli rombongan bergerak menuju ke Mekah al-Mukaramah untuk menunaikan umrah yang pertama. Selepas bermiqat di Bir-Ali, perjalanan ke Mekah diteruskan dengan perasaan yang tak dapat digambarkan...bermacam2 perkara difikirkan. Perasaan bimbang tetap ada. Bimbang andai aku tak diterima menjadi tetamu NYA dek kerna dosa yang ada..nauzubillah.

Kaabah
Alhamdulillah, selepas perjalanan yang aman, kami selamat tiba di Mekah. Tatkala mutawif memaklumkan yang kami akan melintasi sempadan tanah haram..airmata sekali lagi mencurah. Syukur kerana aku dan keluarga akhirnya selamat sampai ke tanah haram dan terpilih menjadi tetamu NYA.

Sebaik tiba, kami semua terus melaksanakan umrah yang pertama di bawah bimbingan Ustaz Holdun-mutawif yang bertanggungjawab ke atas rombongan kami.
Sayu hati tatkala melihat Kaabah secara terus....Allahuakbar....rasa tenang yang teramat sangat...yang tak pernah aku rasa...tenang-setenang tenangnya...hanya yang pernah sampai saja yang tahu ketenangan tersebut...

Tatkala melaksanakan rukun tawaf...hati penuh kusyuk dan tenang mengelilingi Kaabah...masih seperti dalam mimpi..rasa tak percaya yang aku berdiri dan mengelilingi Kaabah...

Selesai rukun tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan menunaikan solat sunat tawaf, ibadat umrah diteruskan dengan melaksanakan rukun umrah yang seterusnya iaitu sai'e. Rukun sai'e iaiatu berjalan berulang alik sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dapat laksanakan rukun ini dengan mudah.
Selesai bersai'e...ibadat diteruskan dengan bertahalul...moga rambut yang aku gunting akan menjadi cahaya untuk kehidupan aku...

Ibadat Sai'e

Alhamdulillah...betapa hebatnya kuasa Allah. Dengan izinNYA, aku dan keluarga dapat melaksanakan umrah kami yang pertama dengan mudah dan lancar. Moga Allah menerima ibadat kami..Amin..
Syukur juga kerana dengan izinNYA, aku dapat melaksanakan semua rukun umrah dengan mudah walaupun kandungan dan masuk 7 bulan...pada mulanya memang ada perasaan bimbang kalau2 aku penat atau tak mampu melaksanakan ibadah umrah walaupun sebelumnya aku yakin boleh. Tapi, itulah kuasa Allah...aku tak rasa seperti bawa perut..subhanallah..seolah2 aku macam tak mengandung langsung..terima kasih dan syukur pada MU Allah S.W.T yang memberi nikmat dan peluang ini pada aku dan keluarga.
Bayi dalam kandungan pun seolah-olah memahami dan tahu perjalanan ibadah mama nya..terima kasih sayang :) moga kelak bayi ini akan menjadi anak yang soleh/solehah, pintar dan menjadi pejuang Islam yang sejati..InsyaAllah...
Terlalu banyak lagi pengalaman indah yang dialami dan dirasai sepanjang berada di Mekah....tetapi aku tak mampu nk huraikannya..TERLALU INDAH...TERLALU DAMAI...aku berdoa moga aku akan terpilih lagi untuk menjadi tetamu Allah dan dapat kembali lagi menghadap Kaabah dalam tempoh yang terdekat bersama suami, anak, mak, abah, mertua, adik2, ahli keluarga, kawan2 dan seluruh umat Islam..
Pada yang lain..moga ada rezeki kalian untuk ke Mekah...pergilah sekiranya dah mampu..subhanallah..ketenangan yang dialami terlalu indah...pergi dan alaminya sendiri..dan betapa sedihnya hati aku tatkala sampai masa untuk meninggalkan kota suci Mekah. Hingga hari ini, selepas beberapa hari tiba di tanah air, hati masih sayu dan teringat2 pada Kaabah...Lambaian Kaabah yang menggamit hati untuk aku datang lagi..moga aku terpilih lagi...Amin

1 comment:

azila said...

Alhamdulliah..moga2 dpt jejakkan kaki ke sana nanti:)