May 3, 2010

KENDURI DOA SELAMAT & ARWAH

Dah lama sebenarnya mak aku nk buat kenduri doa selamat sempena kehamilan aku. Al maklum, ni cucu pertama dalam keluarga aku. Tp asyik tertunda jer sampai lah kitorang g umrah. Then, balik dari umrah, by hook or by crook mak nk gak buat kenduri doa selamat.
Alhamdulillah, 25 April lepas, tercapai gak hajat dan hasrat mak aku. Tp, bukan sekadar kenduri doa selamat, kitorang terus sekalikan dengan kenduri arwah untuk semua arwah keluarga yg telah kembali ke rahmatullah, terutamanya arwah Shahizan Shafei iaitu anak sedara mak or sepupu rapat aku yang kami semua panggil Abang Gemok dan arwah Kak Ina - anak sepupu abah yang meninggal pada 10 April 2010 (2 hari sebelum aku dan keluarga balik dari umrah)Moga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..amin.




Just kenduri yang sederhana..mak jemput kumpulan wanita untuk baca Yaasin dan tahlil. Takdak grup lelaki..hanya wanita yang rata2 ahli kumpulan marhaban yg mak join. terima kasih pada semua yang sudi datang, moga budi kalian dibalas Allah...



Thanks jugak pada jiran2 dan Maklang selaku Ketua Chef :) yg dari pagi lagi datang umah untuk sediakan hidangan bagi menjamu para tetamu yg datang.



Bercerita tentang 2 arwah sedara - Abang Gemok & Kak Ina...hati sangat sayu. Aku dan keluarga (mak, abah, maklang & paksu) terima berita kematian dua sedara tatkala kami semua ada di Mekah, 2 hari sebelum balik ke Malaysia (10 April- ari sabtu). Aku orang pertama yg terima berita sedih ni dimana waktu tu kitorang dok dengar taklimat dari mutawif berkaitan lawatan/ziarah ke beberapa tempat di sekitar Mekah. Suddenly, hubby mesej bagitau yg arwah dah meninggal..aku antara percaya dengan tak percaya & terus mesej hubby to confirm it..hubby serius & tak kan melawak benda2 berkaitan mati ni. Terus aku sampaikan berita pada mak & abah...aku & mak automatik menangis..mak orang paling sedih, coz arwah adalah anak sedara yg rapat dengan mak & dah macam anak sendiri. Sebelum ni, arwah memang tak dak penyakit. Tp melalui post mortem, doktor cakap arwah ada penyakit kencing manis & darah tinggi. Ya Allah, kami semua memang tak tau...arwah mungkin rahsiakan atau arwah sendiri tak tau. Arwah muda lagi...baru 30 tahun.

Aku? sedih teramat sangat sebab aku dah lama tak mesej or call or jumpa arwah. Even nk pi umrah pon, aku tak call nk minta maaf dari arwah. sampai sekarang kalau diingat balik, for sure aku nangis. Paling sedih, malam sebelum terima berita, aku & mak kuar pi cari & beli jubah untuk arwah. Pas dapat berita, mak tengok balik jubah yg dibeli..mengalir lagi air mata kami. Mak teringat balik pesan arwah pada mak seminggu sebelum berangkat. Arwah minta mak doakan jodoh untuk arwah...Namun, Allah Maha Berkuasa...cinta arwah dibawa hingga ke mati..

Berita kematian arwah Kak Ina plak, kami terima sebelah petang. Makndak dari Pangkor call & bagitau arwah dah meninggal kat Hospital Manjung. Arwah dah lama sakit. Aku lupa sakit apa. Arwah Kak Ina pon still muda..umur dalam lingkungan 33 tahun kalau tak silap. Itulah kuasaa Allah...kematian menjemput tak mengira umur..tua, muda, kanak2 or baby. Moga aku dan kita semua ada keinsafan.

Malam tu, depan Kaabah, aku, mak & maklang baca Yasin dan sedekahkan pada kedua-dua arwah sedara kami..Pada Allah Yang Maha Esa, moga kedua-dua arwah dan arwah seluruh ahli keluarga serta umat Islam yang lain ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin


P/s : Al-Fatihah buat arwah Nurul Hafizah Omar - kawan sekolah aku & hubby yang meninggal pada 1 Mei 2010 (sabtu) lepas..arwah kembali ke rahmatullah bersama bayi dalam kandungan yang baru berusia 6 bulan...Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...for me..she's a fighter...

No comments: