June 1, 2010

AL-FATIHAH BUAT ANAKKU

Salam...

Al-Fatihah buat anakku AFIQ ZULQARNAIN BIN ASROL AIZAT yang telah pulang ke rahmatullah pada 30 Mei 2010 @ 5.21 pm bersamaan dengan tarikh kelahirannya.

Sesungguhnya, mama & papa terlalu sedih, namun redha atas pemergian sayang...yang pasti, syurga menantimu sayang....pemergian sayang adalah satu perjuangan untuk menguatkan lagi semangat dan ketakwaan mama & papa kepada Allah S.W.T.

Terima kasih kepada keluarga kedua belah pihak, saudara mara dan kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan. Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi kalian semua.

11 comments:

kakyong said...

cantik nama yang dipilih,,..
Insya Allah, semoga kalian berdua bertambah kuat & tabah.. sudah ada yang menanti di sana..
bersyukurlah kerana menjadi hambaNya yang terpilih..

Cho Zila said...

salam ...
moga adik tabah menghadapinyer.. akakpun pernah mengalaminyer pada masa baby 34 minggu dalam kandungan anak sulung juga.. akak dapat rasakan keperitan dan kesunyian hati adik itu.
tapi dari tulisan adik, akak rasakan adik seorang yang kuat semangatnya. Ingat selalu kepadaNYA itu yang paling berharga..
Percayalah ada sinar menanti kerana ini semua adalah ujian dari Allah malah ada orang yang diuji dengan ujian yang lebih besar dari kita..
Semoga adik dan suami akan terus saling menyayangi sehingga akhirnya...

fateen innanie said...

sy ader buat entri pasal anda di blog sy...

http://coklateyes.blogspot.com/

Nur said...

salam takziah buat anak mu
banyakkan bersabar dan insyaallah semua ini ada hikmahnya

banyakkan berdoa dan bersedekah fatiha kerana anak akan mencari ibunya di akhirat nanti...

mAr@ZiEy said...

Takziah utk both of U..tabahkan ati ok..

Bulan Di Langit Osaka Biru said...

haii akak.. maaf jika saya terlambat untuk mengucapkan takziah...
diharap akan dan abg bersabar..
ini semua ketentuan yang maha esa... semoga roh anak akak dan abg ditempatkan disisi Allah... yang pergi tetap pergi,, kita yang hidup harus teruskan kehidupan kita...
Al-fatihah

Mamamya said...

salam takziah dari saya....saya dapat tau kisah ni dr ben ashaari...semoga puan sekeluarga tabah menghadapai dugaan drNya...

zulaikha mz said...

mieza, aku speechless baca entry ni. aku tahu ko kuat untuk teruskan hidup. semoga ko akan tabah sahabat ku. percayalah kiteorg sentiasa ada untuk bersama ko ye mieza. owh aku x boleh tahan air mata ni. sangat sedey okeh. harap ko kuat yer. die akan mendoakan ko. takziah miza.

Cik Ct Fadzil™ said...

al-Fatihah.. yaa kuatkn dri akak..
smua ni ujian dri ALLAH SWT..
DYE sygkan arwah ank, akak & suami..
smoga akak trus snyum.. :) tke cre., salam..

HaFizRahMaN.com said...

nyakkan bersabar

ladymiaka86 said...

takziah.. banyak2kan bersabar.. mungkin ini hanyalah dugaan Allah s.w.t. kpd kalian berdua..
anyway, slm perkenalan.. slm singgah dari blog ben ashaari..