Sekarang ni banyak produk untuk kuruskan badan ada kat pasaran. Dalam bentuk pil or minuman. Pusat slimming pun bersepah2 dan tumbuh bagai cendawan.
Kalau tengok iklan & testimoni pelanggan-pelanggan yang dah kurus , fuhhhhhhh...meletopppps. Dari 90kg ++ dan turun ke 60kg++. Dari 70kg++ dah turun ke 50kg++. Tak teruja ker org2 lain yg berhajat n kurus tengok.
TAPI....yang tak sukanya bila manusia2 yg dah kurus tu BERUBAH. Kalau gambar sebelum bertudung, then gambar selepas plak tudungnya melayang ntah ke mana. Awat lah jadi macam tu..sedih sungguh. Pelik pon ada.
Mungkin bila dah kurus, tengok kat cermin & mula perasan dah lawa & bertambah2 lawa kalau tak pakai tudung. Agaknya lah kan. Coz pemikiran orang kat tak sama. SEDIHNYA....kalau macam ni lah akhirnya, baik tak kurus, tp still bertudung.
So, harapnya orang2 lain yang bakal kurus dan juga peringatan untuk diri sendiri - tak lah melayang tudungnya kelak. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment