September 20, 2010

RAYA, RAYA & RAYA

Alhamdulillah..dah lebih seminggu umat Islam meraikan Aidilfitri. Tapi aku tak tau nak cerita kemeriahan raya aku mcmana sebab aku rasa still sama...sayu hati pun ada..but, since raya adalah hari yg patut diceriakan dengan kegembiraan, makanya....marilah kita raya, raya dan raya lagi :)

Kat Pangkor, raya kedua ada rumah terbuka yg dianjurkan oleh YAB Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak selaku wakil rakyat kawasan Pangkor. Selain makan2, yg paling ditunggu & dinanti adalah sesi pemberian duit raya oleh YAB Dato' Seri. Sesi ni utk budak2 sahaja okeyyy. Punya lah ramai yg menunggu. Tak caya, tengok pic kat atas sebelah kiri...berduyun budak2 berbaris nak dapat duit raya. RM5 seorang rasanya...okey lah tu...sapa nak bagi kan..rezeki budak2 kat pangkor. Yg pasti, semua bangsa dapat..melayu, cina & india. dari sebesar-besar budak sampailah sekecik2 baby...yg baby tu, makpak nya yg hulur tgn wakil anak..hehhehe. Last year kump. Saujana dijemput, kali ni kump. Rabbani plak...merah menyala sedondon diorang nih...kalau arwah Ustaz Asri ada lagi..mesti mendayu2 suaranya mengalunkan alunan nasyid..al-Fatihah buat arwah..

Rumah terbuka ni gak jadi medan rezeki buat beberapa org penduduk Pangkor. Pihak pengurusan rumah terbuka akan bagi peluang rezeki kepada penduduk yg terpilih utk sediakan juadah yg ditetapkan utk rumah terbuka ni. Alhamdulillah..dua jiran sebelah menyebelah aku dapat..sorang dapat buat rendang ayam..sorang lagi dapat buat air..aku & mak dok sibuk lah tgok budak2 amik duit raya sampai lupa nak makan. At last...pi lepak port jiran yg buat air...amik air segelas & laksa mi semangkuk..ngapppppp..Laksa mi? uoals tau ke? laksa mi ni makanan femes org pangkor & tak kan dapat kat luar (kecuali org pangkor masak kat luar..hehehhe)
Paling tak berkenan, bila makan..masing2 x pandai nak buang sampah. Plastik sampah ada disedia kat tepi je..tp tetap gak nak buang merata2..ni lah mentaliti org kita..urmmmm


Tak cukup makanan kat open house, nah.....selambak kuih raya aku hidangkan. Ni lah kuih "tunjuk-tunjuk" aku..hahaha...ada 10 biskut dan hanya 1 dari nya adalah hasil tangan mak aku & termasuk kek yg kat tengah2 tu..



Macam biasa...bergambar raya bersama-sama. Ni lah family kecik aku..mak, abah, aku, en. suami, adik & atan. Yg tak dak cuma zali saja...insyaAllah raya tahun depan adalah gambar bertujuh kami..insyaAllah. Paling ralat, pic aku berdua dgn hubby memang tak dak...huhuhuh...camno leh lupa nih :(

Moga next hari raya akan lebih meriah :)

No comments: