December 23, 2010

MEMBAZIR DI ZOO NEGARA

Cuti Awal Muharram yg lepas, en.suami ajak pi santai ala2 dating di Zoo Negara. Katanya nak tengok rimau bintang. Dalam hati berkata "erkkkkkhhh...tmpat ni je yg layak utk dating ngan aku?" sambil nangis dlm hati -__- Tapi..better lah dari dok terperap kat umah aje kan...

Ingatkan tak ramai la org coz wpun public holiday + school holiday, tapi sekali silap daaaaa...org sgt lah ramai. Parking kat Pintu A (Main entrance) penuh & terpaksa lah merangkak ke Pintu B. Pun ramai gak & parking full...terpaksa parking kat bahu jalan. Ingatkan parking free coz takdak signboard kata kena bayar. Tapi ada plak orang2 yg nampak je kita parking depa terus mai collect duit RM4..wahhhhh...dah la parking kat bahu jalan yg lecah, x dak security, pas tu kena gak bayar. Bezanya, murah 50 sen je dari parking kat dalam. Dah la yg mengutip duit tu mcm samseng aje rupanya. Entahkan halal or haram punya pengutip. Takdak pass pekerja & resit pun takdak.

Nak beli tiket pun 1 hal gak..berbaris punyalah panjang. Patutnya, dah tau org ramai buatlah kaunter tambahan. Hampir 20 minit berbaris & hampir je kat kaunter barulah perasan harga tiket masuk RM20 seorang bagi dewasa. harga utk kanak2 & warga emas mmg tak tengok dah. Terghezut aku laki bini. Mak aihhhhhhh, mahai nya. Katanya harga ni effective Oktober 2009 kalau tak silap. Dalam 3 tahun lepas, masa mai ngan kengkawan rasanya harga tiket tak cecah pon RM15. Bila harganya naik aku pon x tau & tak lah plak tanya or tgok website. Alang2 dah berbaris lama...en.suami membeli gak tiket dalam keterpaksaan...hahahha



Bayar Rm20 sorang...ni la yg kita dapat. Hahhaha..


20 minit berbaris...tekak pun haus. Bekal sendiri mmg tak bawak. So, nmpak je kedai kat tepi Pintu B tu, terus terkam cari mineral. Ingatkan harga sama mcm kat luar..sekali harga mineral botol kecil RM2.50. Omak aiiiiiii, mengalahkan harga mineral botol besar kat luar. Beli gak buah potong utk lapik perut. Harganya double...DOUBLE ok dari harga kat luar. Sebungkus/sepotong buah RM2.00. Tak pa lah...mungkin mineral tu airnya dtg dari air gunung kat oversea mcm Evians tu & buahnya mungkin buah import & guna baja yg sangat bagus..redha dalam kepedihan :(

Dah jalan 10 minit, perut aku lapar lagi. Singgah beli bihun goreng. Harganya RM6.00. Special punya bihun. Kalau nak tau mcmana rupa bihun ni, sebijik rupa ngan bihun goreng yg dijual kat stesen2 Petronas dgn harga hanya RM2.50/RM2.80. Bekas pun sama ja. Jgn mimpi nak makan dlm pinggan yg indah hatta pinggan kertas ok. Mungkin harga lebih tu sebab sambal yg pedas yg ada sekali ngan bihun tu....rasanya? biasa je......Menyesal aku tak bawa bekal dari rumah or tapau siap2 dari luar.


en. suami bersama zirarah yg berleher jinjang

Since mengandung ni aku selalu rasa nak pitam & cadangnya nak naik la trem yg disediakan. Tapi aku pelik tgok org ramai berbaris....depa berbaris nak beli tiket utk trem rupanya. Adoyaiiiii, dah bayar RM20 sorang utk masuk, makan mahai nak mampus pas tu nak naik trem pun kena bayar gak ka? Aku tak pasti sama ada kena bayar atau tak..tp 99% aku boleh sahkan kena bayar. Sebab panas hati, tak hingin aku tengok berapa harganya. Kalau pon 5 kupang sekepala, mmg aku tak hingin naik. So, aku gagahkan hati utk berjalan ajer. Kan ke skrg ni kempen berjalan untuk sihat...

Sebab aku dah gemuk..makanya, gajah la yg sesuai bergambar bersama aku..hehehhe

Makanya...berjalan lah kami berdua, bertepuk tampar, bergelak ketawa, berpegangan, berpelukan (peluk bahu ajerrrr)..tengok segala haiwan yg ada. Tengok singa yg bermalas-malasan, harimau yg seolah2 meluat tgok manusia, monyet yg malas dah nak bergayut2 & mcm2 lah. Agak tak larat berjalan, singgah jap duduk kat tepi tasik yg sedikit berbau. Pas tu smbung berjalan & dapat tgok kancil yg terlepas dari kandang. Selamba je berlari2 di tepi pengunjung. Tak tau la plak kalau ni mmg salah satu hiburan yg disediakan sebab dah bayar mahai . Tapi ramai yg kata terlepas...uishhhhhh, nasib baik kancil je yg terlepas. Kalau rimau yg terlepas? Tapi kalau rimau bintang yg terlepas ok gak coz dapatlah en. suami tgok. Kan tu tujuan asal nak mai zoo. Tp punya lah mencari2, tak jumpa pun rimau bintang tu. Kempunan en.suami..hahhaha


Pas sejam lebih pusing2....maka tamatlah dating kami di zoo negara yg tak berbaloi... Mungkin kalau bawa anak lain rasanya & berbaloi coz budak2 kan excited tgok haiwan. So, pada yang nak pi, seeloknya bawa la bekal dari rumah, kalau ada kasut roda/skateboard bawak lah gak..pantas sket nak bergerak. Kaki pun tak lenguh & tak payah la nak bergaya sakan pakai heel kecuali kalau naik trem. Kesian aku tgok sorang amoi tu..dgn short paras peha & pakai wedges, berjalan keliling zoo..muka ala2 tahan sakit/lenguh...nasih aku pakai kasut flat je.

Rasanya, lebih berbaloi bayar mahal utk masuk Aquaria, KLCC berbanding pi Zoo Negara ni... (*0*)

S0, pas ni mungkin tak mai dah Zoo Negara kecuali dah ada anak. Bawa utk learning process :)



No comments: