January 22, 2011

MENGKAJI DIRI & MENJADI PENDENGAR YANG SETIA


Lately, aku tersangat suka membaca buku berunsurkan motivasi diri. Sekarang ni dok baca buku "Mencari Makna Hidup" terbitan PTS.

Baru beberapa bab je selesai, tapi ada benda yang menarik hai untuk dikongsi.

Mengkaji diri sendiri adalah perlu supaya kita kenal dengan diri kita sendiri dan seterusnya mampu untuk menilai potensi & kekurangan yang ada dalam diri. Aku sendiri jarang mengkaji keadaan diri. Tapi, yang pasti, bila aku kesedihan dalam menghadapi kehilangan abadi dalam hidup, aku kaji diri aku sendiri. Apa dosa & kekhilafan yang ada dan seterusnya kaji semula apa hikmah yang Allah berikan dari kehilangan tersebut. Alhamdulillah...ia berkesan untuk aku hadapi hidup yang mendatang.

Menjadi pendengar yang setia dan baik mungkin mudah & mungkin sukar untuk sesetengah orang. Menjadi pendengar yang setia boleh menjadikan insan lain yang berbicara dengan kita menjadi positif, gembira, lega dan bermotivasi, terutamanya bila yang dibicarakan tu adalah sesuatu yang bersifat luahan perasaan.

Mengkaji diri sendiri, aku bukanlah pendengar yang setia kerana ada masanya ketika orang lain berbicara, aku suka "potong cakap"....urmmm, bukan sikap yang baik. But, aku still dan terus mencuba untuk menjadi pendengar yang setia dan baik. Contohnya, dalam menghadapi situasi kawan baik yang berhadapan dengan masalah rumahtangga, aku sedaya upaya menjadi pendengar yang baik...dengar segala luahan hatinya, dengar segala kesedihan hatinya & bila dah selesai mendengar, aku cuba menjadi kawan yang baik dengan memberi segala pandangan dan nasihat yang mampu.

Kesimpulannya, bila kita mengkaji diri sendiri, kita dapat lihat sisi potensi, kebaikan dan keburukan yang ada dalam diri kita. Sama ada kita pendengar yang baik atau tidak, dapat kita ketahui dari kajian yang kita lakukan atas diri kita sendiri. Sekiranya bukan pendengar yang setia & baik, maksudnya, kita perlu lakukan sesuatu untuk membetulkannya menjadi positif :)



No comments: