hidup cukup sekadar seindah biasa kerna akhirnya bahagia yang luar biasa pasti akan menjelma menyinari kehidupan
January 11, 2011
SOALAN ALA-ALA SERASI BERSAMA
Masa : Sebelum en.suami tido
Lokasi : Tempat tido
Motif : Saja suka-suki
Alkisahnya, en.suami selalu tido awal dari si isteri. Maka nya, si isteri tertekan coz takde kawan nak menyembang. Dgn niat utk memastikan en.suami tak tido (niat menganggu), maka keluar lah soalan ala-ala program Serasi Bersama yg skrg ni ada kat Astro.
Soalan pertama : Apa nama timangan/manja isteri?
Jawapan en. suami : entah............
Juri : tettttttttttttt...markah kosong = x serasi
Soalan kedua : Kat mana isteri anda belajar dulu?
Jawapan en. suami : usmp
Isteri : hah? mana mai "p" tu....?
Jawapan en. suami : uni. sains malaysia penang
Juri : ok, diterima....markah 90% = hampir serasi
Soalan ketiga : Kat mana kita bertemu semula (sebelum kawen)?
Jawapan en. suami : dalam feri
Isteri : ye ke? bukan kat jeti tepi laut ka?
Jawapan en. suami : sapa yg tak serasi la ni?
Juri : baiklah........markah 100% = yeayyyyyyy serasi
Seterusnya, turn en. suami plak untuk bertanya
Soalan : Apa yg abang selalu buat kalau baring?
Isteri : Dgr muzik
Suami : lagi?
Isteri : Baca majalah
Suami : lagi? ada lagi yg paling tepat...
Isteri : entah...apa ek
Suami : berdengkur............makanya, sila jgn kacau abang nak tido..pi sembahyang isyak, pas tu tido cepat. Esok bangun lambat lagi mcm selalu.........
Isteri : baiklah......... (sambil beredar ambil wuduk)
Huhuhu..niat jahat tak termakbul. Tp, en. suami lambat gak tido...i menang uuuuuuuuuuuuu :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment