June 23, 2011

47 HARI YANG BERLALU


Alhamdulillah....hari ni dah masuk hari ke-47 selepas selamat deliver

Aku dah raya....dah tak perlu pantang itu ini. Even ada lg benda yg kena pantang, at least tak seteruk 44 hari yg pertama.

Dulu, berpantang tanpa anak, sekarang berpantang dengan anak di sisi sentiasa. 1000% berbeza. Dulu tido malam, bangun pagi utk bertungku je.Berbengkung sentiasa. Minyak panas satu badan nak sapu. Konon nak jaga badan...nak kembalikan shape...

Sekarang, tdo malam, then stand by untuk bangun berkali2 utk susu kan anak. Mata pon tak lelap mana tdo. Sgt sensitif dengan bunyi even anak ehek sket ja. Sangat dugaan, bila Aziq tak berapa nak tdo (siang dan malam sama aja)...tdo sekejap, then bangun. Bila bangun sure ehek sana, ehek sini..mama nya turut ehekehekehek...sgt letih tp sentiasa bersedia. Ini amanah yg Allah bagi..letih atau sakit mcmna pon, still ada kudrat. Subhanallah. Bila mcmni, mama nya dah tak serupa org pantang...no more tungku mungku, no more bengkung, no more minyak panas. Arghhhh...camno nak kurus nehhhhh...

Dalam tempoh 47 hari ni, mcm2 yg dah dilalui. Aziq kena prolonged jaundice & 3 kali keluar masuk hospital yang keseluruhannya 12 hari Aziq duduk dlm wad..habis lunyai kedua2 belah tangan penangan kena cucuk utk amik darah. Dalam 12 hari tu jugak mama nya macam org gila..sket2 nak nangis. Tgok Aziq bawah lampu pon nangis..bg Aziq susu pon nangis. Tdo pon tak serupa tdo. Apatah lagi dengar Aziq nangis bila kena cucuk. Rasa cam nak redah je bilik prosedur tu & bw kuar Aziq, then lari bw balik rumah. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan yg sgt teguh utk aku lalui semua nya dengan baik...walaupun hati sangat tak tenteram.

Dalam tempoh ni juga, aku dah gagal dgn harapan aku sendiri. Betapa bersemangatnya aku untuk breastfeed Aziq secara total. Tapi, gagal...sgt kecewa dgn diri sendiri. Menitik air mata bila saat kali pertama susukan Aziq dengan susu formula. Terlalu banyak faktor yg buat aku sgt kecewa. Cuba tegakkan pendirian sendiri ttg BF ni, tapi still gagal. Sungguh, sokongan dari sekeliling tentang BF ni sangat penting. Apa pun, aku akan cuba utk stop bagi susu formula bila balik rumah sendiri. Yg pasti, sgt tak sangka ada nurse sendiri yg suruh bg susu formula. Mana etika dia & prinsip yg pihak hospital terapkan about BF? Dan aku sangat menyampah dengan nurse tu..dah la berlagak tahap gaban.

Alhamdulillah, bila dah 47 hari, maksudnya Aziq pon dan berusia 47 hari. Ada masa Aziq akan senyum dan gelak sorang2. Kata mak, org2 tua cakap kalau baby senyum/gelak sorang2 ni, dia tengah main dengan abang/kakak dia...Urmm, mmg itu yg aku selalu fikir. Aku dapat rasa yg Arwah Afiq sentiasa ada di sisi adiknya. Wallahualam. Doa aku, moga Aziq akan menjadi hamba Allah, umat Rasulullah dan anak yg soleh, teguh iman dan berilmu. InsyaAllah..Amin...

Sesungguhnya, aku dah dapat rasa pengalaman jadi mama. Alhamdulillah. Moga hari ke 48 dan seterusnya akan memberi 1001 macam lagi perkara2 yang indah dalam hidup. InsyaAllah...

No comments: