June 29, 2011

PENYUSUAN SUSU IBU : APA YG PERLU ?

Since mengandung anak pertama lagi aku punya semangat dan harapan utk breastfeed kan anak secara total. Pam manual awal2 lagi dibeli utk naikkan semangat. Sentiasa berdoa moga aku dapat penuhi harapan aku. Dalam blog ni pon ada a few entri pasal bf. Semuanya utk pastikan semangat & harapan akan terlaksana. Tapi hajat utk bf anak sulung tak kesampaian kerana Allah lebih sayangkan Afiq. So, segala kelengkapan, doa dan semangat yang ada aku bw sepanjang mengandung anak kedua (yg jaraknya hnya 3 bln lepas deliver ank sulung).

Alhamdulillah, lepas deliver dengan bantuan nurse, aku dapat susu kan Aziq dlm labour room dengan jayanya walaupon sedikit kekok. Susu awal atau kolostrum itu yg penting utk antibodi baby. Bila masuk wad & overnight, sgt bersemangat utk susukan ank. Mata tak lelap tdo since digalakkan bf baby selang 2 jam.

Dugaan mula dtg bila Aziq kena prolonged jaundice. Pandangan sorang nurse suruh beri susu formula mmg menyakitkan hati. Tapi berjaya ditepis walaupun pandangan tu disokong oleh beberapa ahli keluarga. Bayangkan betapa sedihnya hati bila tak dpt sokongan family. Bila aziq dah keluar wad....dugaan paling hebat mula datang. Aziq kerap nangis & family keep saying yg baby tak cukup susu. Yes..aku sendiri rasa susu badan aku kurang. So...lepas berperang mulut segala bagai...aku dengan terpaksa, beri susu formula pada Aziq. As said before, menitik air mata bila bagi susu formula....Selain tu, byk faktor2 lain yg mnyebabkan bfdan sesi perahan susu gagal (refer kpd situasi aku sendiri). Berdasarkan pengalaman sendiri, terdapat beberapa perkara yg perlu bg memastikan bf berjaya.

-HATI perlu kukuh dgn harapan & semangat utk bf baby. Sematkan dlm hati yg baby ni amanah Allah & penting utk kita jaga nya dgn baik. Dan susu ibu adalah antara yg terbaik boleh kita berikan.

-SOKONGAN...yessssss, sokongan dari sekeliling sgt penting. Kadang2, walau hati kukuh & kuat pon,kalau tak dpt sokongan dr family, boleh goyang juga. Maklum, dalam hati ada taman. Nak plak bila katanya baby dahaga, susu badan tak cukup..kesian baby.

-SUASANA..refer kepada tempat kita berpantang. Aku berpantang di kampung. Tak de bilik khas utk aku. Maklum rumah kampung..dan keadaan sangat kurang selesa utk aku perah susu. Nak simpan pon jadi masalah bila suasana tak sesuai. Bila jadi anak nelayan, pastinya peti ais penuh ngan ikan..hahaha.So, camno nak simpan stok susu perahan? So, penting utk pastikan tempat berpantang selesa dimana kita bole pam susu dengan mudah & nk menyimpan susu perahan pon senang.

-PEMAKANAN..bila berpantang di kampung..berhadapan dengan org2 lama yg penuh dengan pantang larang..maka, makanan juga penuh ngan pantang. Bila hari2 hnya mkn nasi ngan kuah & takde sayur, minum pon kena catu..camno lah susu nk terhasil dengan jayanya. Bab makan aku bole kompromi lagi, tapi bila bab minum kena catu, aku kuarkan perangai degil aku. Bila org takde, aku hentam minum air masak banyak2 dengan harapan air tu akan buat susu badan bertambah (actually, mak aku tau perangai ni.tp malas & tak kuasa nak bising2). Kalau ikut doktor plak, ada sayur2 yg sesuai utk dimakan yg boleh bantu boost our breast milk.

Empat perkara ni amat penting berdasarkan pengalaman aku sendiri. Of course faktor2 lain seperti pembacaan, kelas persediaan & so on juga penting. Yg pasti, pengalaman ni akan jadi pengajaran utk anak seterusnya (insyaAllah). Walaupun gagal, tapi aku tak nak gagal sepenuhnya. Sehingga hari ni, mmg aku still bg susu formula, tapi bukan sepenuhnya. Dalam 100% sesi penyusuan..85% adalah bf & selebihnya susu formula. Dan insyaAllah, peratusan utk susu formula akan berkurangan kelak bila SUASANA bertukar :)

Alhamdulillah...sekarang berat Aziq (pada 20 Mei lepas) dah 4.7kg. Doa pada Allah, moga aku mampu teruskan penyusuan susu badan utk hari2 yang seterusnya dan Aziq akan membesar jadi anak yg sihat ...amin... :)


1 comment:

k a m i s a said...

mmg kak! sokongan sgt penting! takpe. blk putrajya sok.. toksah bli pon formula milk.. so, no matter what, akak kene gak bf die..susu mesti cukup! trust me :)