July 17, 2011

SUSU IBU : BERJAYA JUA (^-^)






Alhamdulillah.....



Akhirnya aku berjaya beri Aziq susu badan sepenuhnya. Berjaya jua :) Syukur alhamdulillah. Bukan setakat berjaya bf sepenuhnya, stok bm (breast milk) utk Aziq bila mama nya masuk keja juga dah ada.Dah seminggu mengepam, lepas lah untuk seminggu kerja. Walaupun tak banyak lagi stoknya, at least ada dari tak ada langsung.

Mcm yang pernah aku katakan dlm entri sebelum ini , ada 4 perkara yang perlu utk pastikan bf sepenuhnya berjaya iaitu hati, sokongan, suasana dan pemakanan. Alhamdulillah, sekarang ni semua tu aku dapat.



Hati...dari dulu lagi aku dah sematkan, since mengandungkan arwah Afiq lagi.



Sokongan...alhamdulillah, dah banyak yang menyokong & paling utama of cos lah en.suami. Jimat ehhh duit kita kan abang..tak yah beli susu formula. Org lain sibuk dok canang ckp anaknya kulit cantik sbb minum susu mahal. Dalam hati aku..ada aku kisah !!!!! susu cap gantung ni lagi mahal tau :)



Suasana....bila dah balik umah sendiri, rasa selesa, maka nya, nak mengepam pon bebas dan setiap kali mengepam, sangat lah teruja. Tu pun guna pam manual, kalau guna elektrik & double pumping plak..mau siyokkkk abis. Urmm...cik abang, amacam ? Hehehhe



Pemakanan...bila dah abis pantang ni, mau tau tahap nak makan segala jenis benda. Tapi...bila point to azam nak tambahkan susu badan, makan tetap dijaga. Paling utama, air mmg kena kerap minum.



Alhamdulillah sgt2........ Moga-moga harapan untuk bf Aziq sepenuhnya hingga 6 bulan tercapai..amin..insyaAllah..






No comments: