December 28, 2012

URI BAWAH RAHIM

Assalamualaikum

Dah lama tak update..konon bz..kononnnnn

Just wanna share pasal my pregnancy..my 3rd pregnancy..

Last monday, buat check up..kena minum air gula + scan + review ujian darah.

Minum air gula or MGTT - Alhamdulillah ok
Review ujian darah - confirm hb rendah atas faktor mengandung
Scan - tak ok sbb doc detect uri kat bawah

Bila doc ckp uri kat bawah, still rasa normal sbb biasa dgr & biasanya uri akan naik selari dengan usia kandungan (mine that time was 28th week). Tp slowly rasa takut bila doc ckp by scan nampak mcm uri kat bawah under stage 3 yang mana kemungkinan utk naik agak rendah. Masalah uri bawah rahim effectnya adalah pada si emak. Dushhhhh....rasa sgt down that time..nak nangis tp tahan jeeeerr.. Mula la sesi soal jawab dgn doc...paling diingat adalah..chances utk bersalin normal agak tipis..makanya kena ceaser. Ohhhh..ok..takutttttt..tp kalau itu yang mampu selamatkan nyawa baby, mama rela walaupun nyawa mama terancam. Bermula dari kejadian masa 1st pregnancy, hati mula rasa sensitif dgn setiap masalah yang ada kaitan dgn kandungan. Rasa kesian pada baby...rasa bersalah..semua bercampur baur. Then, doc refer pada hospital & nnt kena follow up check up kat hospital 15 Januari @ 32th week.

Call mak directly after the check up..mak cakap uri bawah tu perkara biasa. InsyaAllah akan naik balik. Amin...rasa lega sikit..

Google artikel pasal masalah uri di bawah rahim..antara yg dijumpai :

Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.


Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.
Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu. 


Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Apa yang mampu, hanya berdoa dan terus berdoa...masalah datang, pergi dan kembali..tp mama insyaAllah strong enough demi baby :)


No comments: