May 26, 2009

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN

Just got email from one of my DPA's Geng...thanks ya Kak Yusz..gud info..

Pesan Rasululluah kepada kita... bacalah

“Telah menceritakan kpd kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kpd Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

“Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk & (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu & Allah s.w.t. menurunkan 70 rahmat yg sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu & pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) & sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan & meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :





1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Epal Masam

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah,mengapakah 4 jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering & sejuk, dgn sebab dari 4 perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a ! bertanya : “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid & semasa minggu pertama perkahwinan) .” Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya & menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

Wallahualam...

p/s : dah nk kawin ni byk plak yg menyalurkan info ye...tq tocei makacih....

No comments: