September 28, 2009

IKAN BAKAR - MENU WAJIB

Aku ngan hasben orang pulau...dedua anak laut..dedua suka bangattttttttttttt ngan ikan. Pak mentua aku pon dah tau yg aku tersangat lah suka makan ikan bakar...so, sejak aku dah jadi menantu nya lebih dari 100 hari ni :) dah berkali2 aku makan ikan bakar. Jgn tak percaya, setakat ikan belaling (kalau orang bandar panggil ikan kembung) tu, aku leh makan lebih dari 10 ekor. Janji bakar kosong..mak aihhhhhh, memang aku menunduk jer lah meratah ikan.

Masa raya ke berapa ntah aku lupa, bapak (panggilan pak mentua aku) beli ikan talang besar. Buat plak bakar kosong...juz tabur garam kunyit sket jaaa...mak aiihhhhhhhhhhhhh, dalam dok membakar tu sempat aku curik makan sket2.

nak tau besar tak besar, tengok mata lah. Terbeliak matanya. Isi nya...fuhhhhh, time bakar tu, meleleh2 minyak ikan kuar. Bau toksah cakap lah. kalau posa, mau batal posa dibuatnya.

Kat kampung still guna kaedah lama lagi. Bakar guna bara sabut or tempurung kelapa. Letak batu kiri kanan, then letak jaring besi. Pas tu letak ikan. Kipas2 sket supaya bara tu sentiasa mebara. Time ni, memang aku tak gemor, asap sangatlah hazabbbbbbbb. Kalau ada perasa ok gak.


Ikan kalau dah besar, time nk angkat memang lah terburai dari kulitnya. Cepat2 aku kutip masukkan dalam pinggan. Banyak mulut yang menunggu nak ngap..depa ingat yg terburai tu rezeki depa. Pleaseeeee.....terburai bukan maksudnya jatuh ke tanah yee...

Ikan bakar ni dimakan plak ngan air asam...fuhhhhhhhhhhhhhhhhh meletopppppppppppppssss. yang pasti, setiap kali balik kampung, inilah menu wajib. Ikan bakar...meleleh kalau kena.

No comments: