September 29, 2009

MANDI LAUT - AKTIVITI WAJIB

Sekarang ni still dalam mood raya. Since my blog tak diupdate seminggu dek penangan cuti raya, so, sume story raya publish after raya.

Before, was told yang ikan bakar adalah menu wajib tak kira raya or apa2 hari pon. Janji, setiap kali balik kampung, ikan bakar kena ada.

Selain tu, setiap kali balik kampung & ramai sedara - of course raya yg paling utama, aktiviti wajib yg akan buat adalah MANDI LAUT. Wahahahaha..aku dah tua...dulu time kecik2 aku lah jaguh. Kalau mak cari petang2 tak dak kat umah, tak dak tempat lain lah. Pi jenguk belakang surau...untung2 mak leh nampak aku terjun tiruk dari bot/sampan nelayan yang tersadai kat tengah laut or dari jeti. Kulit tok sah cakap lah...hitam sokmo..even yg original pon sedia gelap :P

Best lah kalau ingat balik. Kalau air pasang lagi best..tambah plak ngan kreativiti sendiri kan..buat pelampung, gi tengah2...panjat jeti, pas tu terjun, panjat lagi, terjun lagi. Tapi sekarang dah tak dak. Pi belakang surau pon, air dah tak secantik dulu. Apa je bebudak pulau buat sekarang ni? tak kan main komputer kot.

Aktiviti mandi laut ni selalunya ema- my cousin lah yg selalu lead. Tp paksu, maksu & their daughter paling semangat mandi. Sepupu yang lain enjoy, tp since kecik lagi, main kat tepi laut aje lah.


Ema as leader sibuk perhati anak2 buahnya mandi. Huh...tak best langsung. Alang2 dah mandi, patutnya menyelam....pi tengah-tengah..lawan berenang. Ada berdiri tegak..macam mandur jer.

Kalau dah mandi laut, kalau tak main pasir memang tak sah. Main tanam2 orang...buat sand castle...bestnyerrrrrrrr. So, kalau bab tanam2 orang ni, yg selalu jadi mangsa, sepupu yg kecik arrr. So, si nadirah ni memang mangsa wajib lah. Hahaha.


Ketuanya still ema..hahahaha, aku pembantu jer :) tak tahan, hasben siap letak cermin mata lagi tuuuu. Nak marah tak leh wat apa, tangan sume dah ditimbus.

Kalau sebelah in law, masa raya ke empat tak silap, pak mentua aku bawa anak cucu gi Teluk Segadas naik sampan untuk mandi laut. Teluk Segadas, air nya fuhhhhhhhh tersangatlah cantik. Tp aku tak join pon coz ada komitmen lain. Kalau dulu masa kursus DPA, Teluk Segadas merupakan perhentian selepas berkayak pusing pulau. Dulu, abah aku mana ada sampan nak bawa gi Teluk Segadas tu, tp aku ngan kawan2 lain yg gila mandi laut, sanggup ikut jalan darat...naik bukit, turun bukit dalam hutan semata2 nk pi Teluk Segadas tu. Siap bawa ikan untuk bakar & bekal nasi - mak sediakan. Thanks to mak coz tak pernah halang aku nk pi sana sini hanya untuk mandi laut. Kalau ingat balik, macam tak percaya jer aku leh pi ikut jalan darat. Pompuan plak tu. Hanya orang pulau pangkor jer yg tau jalan darat ke Teluk Segadas tu macam mana. Itu semua kenangan yg tak kan aku lupakan.

As anak pulau, laut memang tak dapat dipisahkan. Aku antara juara diantara kengkawan aku kalau bab mandi laut. Itu dulu lah time kecik2. Setiap kali air pasang, aku wajib ada kat laut...mandi setakat sejam dua apa barang. Selagi tangan tak kecut, selagi che nah - mak aku ler or pak hassan tak tempik naik, jangan harap aku nak kuar dari laut...setakat berenang ke tengah...waduh, senang sangat. Aku lah juara...Tapi ITU DULU

SEKARANG ??? Mandi laut??? alahai leceh betoi. Silap2 aku leh demam kalau mandi laut..rimas melekit-lekit. Skill berenang pon dah tak dak...nak pi tengah pon takut2. Dah lama gak aku tak mandi laut. Dah besar2 ni, interest nk mandi laut memang tak dak. Tak teruja pun. Badan pon dah berat,, masuk laut, tenggelam jadinya :P

Yg pasti, mandi laut pernah jadi perkara yg paling aku suka & sekarang still jadi aktiviti wajib kalau berkumpul ramai2.

No comments: