Alhamdulillah....arini masuk hari ke-30 berpantang. Walaupun berpantang "kosong", aku "hidup" dengan sokongan dari hubby, parents, adik2, sedara mara, kawan-kawan & jiran2 kat kampung yang tak putus-putus datang melawat, bagi kata2 semangat. Terima kasih banyak2. Moga Allah membalas jasa semuanya..InsyaAllah :)
Segala yang berlaku ada hikmahnya. Apa pun yang terjadi, me & hubby tetap dah jadi mama & papa :)
For the whole week ni, balik kejap ke Putrajaya since ada urusan yang perlu diselesaikan. Feel much much better & stronger than before. Alhamdulillah...i'm back for good :) itu sebenarnya yang perlu aku n hubby buat..Sebagai umat Islam, aku percaya dengan ketentuan, qada & qadar yang ditetapkan oleh Allah.
Hidup perlu diteruskan kerana perjuangan dan bekalan menuju ke destinasi abadi masih belum mencukupi walaupun ada yang menanti di sana... :)
1 comment:
Alhamdulillah...syukur dgn perkembangan terbaru anda:)
Post a Comment