September 8, 2010

HARI RAYA YANG SURAM

Sampai saat ni...........jiwa & hati aku teringat akan arwah Afiq Zulqarnain, permata sulung aku yg pergi menghadap ilahi tanpa sempat melihat aku, tanpa sempat aku susukan, tanpa sempat aku dengar tangisannya. Sungguh..aku sangat terseksa untuk menghadapi Aidilfitri yg akan tiba dalam sehari dua aje lagi.

Aku tahu, rasa terseksa tu tak sepatutnya ada. Allah beri Ramadahan yg penuh mulia untuk umat Rasulullah dan Aidilfitri sebagai hari kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadhan. Yang pasti, aku bersyukur kerana ramadhan ni adalah antara ramadhan yg sangat menenangkan jiwa aku & rasa tersangat dekat dengan Yang Maha ESA. Namun, di satu sudut yg lain, aku teringat setiap masa pada arwah anak. Sungguh....jiwa aku sangat lara. Hari raya tahun ni suram bagi aku...mood raya & mood balik kampung? memang tak wujud langsung dalam hati aku. Memang berat hati nak balik kampung bilamana kubur arwah anak di Putrajaya & seolah-olah aku akan tinggalkan arwah anak kalau aku balik kampung. Sungguh aku terseksa dengan rasa ni. Aku tak mampu nk luahkan pada suami sebab aku tak nak dia tau aku masih bersedih (dan yg pasti suami tak punya kesempatan pun nak baca blog ni).

Hari2 aku berdoa moga Allah makbulkan harapan aku untuk bertemu dengan arwah anak dalam mimpi dimana aku dapat dengar suaranya, dapat tengok dia senyum pada aku, dapat tengok matanya yg memandang pada aku....aku masih menanti doa aku dimakbulkan...pasti..Allah mendengar dan akan memakbulkannya..hanya masa akan menentukan. Sekarang, hanya gambar arwah selepas dilahirkan dan sebelum dikafankan sahaja yg jadi peneman hari2 suram aku. Kalau dulu berbicara kepada perut, sekarang berbicara kepada gambar.

Jujur..aku redha dan kuat menghadapi ujian Allah....cuma, ada kalanya aku tewas....hari raya penuh suram untuk aku tahun ni..namun, hati aku sentiasa berdoa moga hari raya seterusnya, suram akan berlalu berganti dengan pelangi yg indah :)


1 comment:

k a m i s a said...

sabar kak~ Allah uji sebab Allah sayang..pasti Afiq juga rindu pada ibunya dan pasti Afiq juga berdoa agar bisa bertemu ibunya..ibu hebat seperti akak akan mendapat anak yg juga hebat! tabahkan hatimu, kakak..sebagai ibu, saya faham perasaan itu..cuma berat hati saya merasa, berat lagi hati akak yg menanggung..salam sayang dari saya n wafa ;)