January 17, 2011

TAKDIR YANG SAMA DALAM SITUASI YANG BERBEZA


Rutin mingguan aku & suami adalah melawat pusara arwah anak pada hari ahad kalau tak ada hal2 lain. Rutin yg aku memang tak boleh kalau tak buat..kalau tak buat juga, aku akan rasa serba kekurangan pada hari ahad tersebut waima aku ada kat kampung.

Biasanya kami akan ziarah antara pukul 11-12 t/hari. Memang kami pengunjung setia termasuk satu pusara yg next row dari pusara arwah anak. Tp, siapa pengunjung pusara tu tak pernah pulak bersua muka. Dari batu nisan, jelas itu pusara lelaki. Setiap kali datang, pusara tu dah siap ditabur daun pandan dan/atau bunga-bunga. Setiap kali tu jugak aku akan cakap, mungkin takdir diorang sama dgn takdir aku & suami yg kehilangan baby.

Takdir Allah juga, minggu ni aku & suami akhirnya dapat bertemu dgn pengunjung pusara tersebut. Sebuah keluarga yg agak besar. Ibubapa & anak-anak seramai 5 orang kalau tak silap. Bersalam-salaman & dikhabarkan oleh si bapa; itu adalah pusara anak lelaki mereka yg ke-4 (kalau tak silap). Mereka sekeluarga accident dalam hujan & anak meninggal akibat lemas. Arwah meninggal ketika usia 8 tahun (thn lepas). Cerita kami juga dikongsi bila ditanya. " Takpa lah, bukan rezeki kita" kata si bapa. Aku & suami mengangguk setuju.

Bila keluarga tersebut beredar, hati aku berbisik pada pusara arwah anak "Takdir mama sama seperti takdir keluarga tersebut. Kehilangan anak lelaki, cumanya situasi berbeza. Mereka lebih berat menanggung sedih kerana anak tu dah besar, dah boleh bercakap, bergelak ketawa & banyak memori dgn ibubapa mereka. Mama & papa kehilangan anak masa dalam kandungan. Yg pasti, anak mama & anak keluarga tu menunggu di syurga..InsyaAllah"

Kehidupan...Allah aturkan dengan baik. Ada yg takdirnya sama, ada yg takdirnya berbeza...namun, penghujungnya, Allah sediakan hikmah yg perlu kita terokai & tempuhi :)

2 comments:

Anonymous said...

memang betul.....anak kitaorang pun meninggal selepas 35 hari lahir.disemadikan di presint 10 tula....memang semua ni takdir dan dugaan dari Allah.memang sedih kan,tapi kita kena ingat bahawa Allah xkan menguji hambaNya yang tak mampu.insyaallah...semua ni ada hikmahnya....bak kata mieza,takdir kita sama tapi dalam situasi yang berbeza.insyaallah....anak kita tunggu kita disana.....

miezahassan said...

InsyaAllah...anak menanti di syurga. Kita di dunia perlu teruskan hidup dan berjuang utk memperoleh keberkatan & keredhaan Allah demi jalan ke syurga...