March 12, 2011

UNTUK YG PERNAH KEHILANGAN SESEORANG

"Sekiranya anda bersedih kerana kehilangan seseorang,
sebenarnya...jauh di lubuk hatimu yang sangat dalam,
anda sedang mensyukuri sambil terharu,
bahawa dia pernah ada bersama-sama denganmu"

-Kahlil Gibran-


Sesungguhnya.....bila kita kehilangan seseorang yg terindah/tercinta dalam hidup kita, kita seharusnya bersyukur bahawa dia pernah ada dalam hidup kita, mencetuskan momen yang terindah dan akan terus segar dalam jiwa dan sanubari. Kehilangan seseorang juga mampu membuatkan kita lebih kuat dalam menghadapi hari2 yang mendatang dengan mengimbas kembali memori indah yang pernah wujud antara kita dan seseorang yang terindah/tercinta itu.................pada aku sendiri, kehilangan anak berikan kekuatan yang sungguh luar biasa kerana momen sepanjang mengandung tetap dalam ingatan sampai ke hujung nyawa dan menjadi semangat untuk menghadapi hari2 seterusnya bersama keluarga yang terindah......

2 comments:

Anonymous said...

terharu dengan kata2 mieza. moga mieza terus tabah dan dimurahkan rezeki mendatang.. sesungguhnya kehadiran orang baru kadangkala menyebabkan hati terasa takut akan kehilangannya dan tidak mampu menghadapi detik2 itu..apa2 pun ada hikmah di sebalik setiap ujian dan musibah yang menimpa kita.. - sis yusz-

miezahassan said...

betul kak...utk hadapi kehilangan kedua (nauzubillah), mmg sgt takut. pikir pon dah takut, ni kan plak nak hadapi. Berdoa moga segalanya selamat hingga ke akhirnya.InsyaAllah :)