March 26, 2011

SCAN BABY 3D/4D YANG MURAH


Hajat nak buat scan 3d/4d dah tercapai.

Jenuh google hospital/klinik yg tawarkan perkhidmatan tu & bertanya pada yg pernah buat. Semua tu untuk dapatkan tempat yg tawarkan perkhidmatan yg baik.

Memang banyak untuk yg stay kat KL/Selangor/Putrajaya ni. Hospital An-Nur & Hospital Pusrawi adalah 2 tempat yg aku pertimbangkan. At last baru teringat yg masa 1st pregancy dulu ada hajat nak buat scan 3d/4d & kawan cadangkan buat di Vision College (VC) . Kat VC ni, bayarannya sangat murah compare to private hospital. At the end, hasilnya sama aje. Kat private hospital, bayarannya paling murah RM200, sedangkan di VC ni bayarannya baru RM90. Hahhhhhh...bnyk bezanya tuhhh. Kalau tahun lepas lagi murah, RM60 je. Walaupun naik RM30, tp still murah & berbaloi-baloi.

Kalau boleh nak post pic scan tu tapi en. suami tak izinkan. Katanya itu untuk aku & dia aje :)

So...pada yg masih tercari2 tempat nak scan 3d/4d ni, mungkin perkhidmatan yg disediakan oleh VC ni boleh dipertimbangkan. So, contact detail utk VC :

Vision College
127, Jalan SS 6/12
47301 Kelana Jaya, Selangor.
Tel : 03-7803 8300 ----> Bila call tu..amik line ke.2 (pusat diagnostic)

Bila call nnt, ckp je nak buat appointment utk scan 3d & sebelum tu tetapkan lah tarikh mana yg kita nak pi & ada option lain gak takut tarikh yg kita book tu penuh. Cumanya, VC hanya beri service utk kandungan yg berusia 30 minggu ke atas (if not mistaken).

Secara jujurnya....sangat berpuas hati dgn apa yg aku dapat & lihat dari scan 3d/4d ni (VC akan bg cd yg ada pic & video scan tu), walaupun, hanya 5 minit je dapat tgok muka baby. Ini hanya lah opsyen lain yg ada utk dipertimbangkan pada sesiapa yg berhajat nak buat scan 3d/4d. Bila dah buat, aku & hubby sama-sama setuju, kalau pun bayar rm300 untuk scan 3d/4d ni, tak kisah lah sebab sangat2 berbaloi. Sepanjang hari lepas scan, aku & hubby gembira & bahagia sangat2. Balik rumah, tengok berulang2 cd yg dibekalkan (even masa entry ni ditulis pun, still melihat cd tu).

Apa pun....yg paling utama adalah kesihatan baby. Moga segalanya selamat...insyaAllah :)


p/s : sedikit update; pd yg nak ke VC ni, bangunan nya agak tersorok & susah nak cari kalau tak biasa. Tp, utk memudahkan, kalau nampak KFM Furniture Shop, VC kat sebelah belakang dia lah tu...intai2 sure nampak :)


March 25, 2011

GENDER? ...... SURPRISE !!!!!!

Alhamdulillah...hajat nak buat scan 3d/4d dah tercapai.
Sungguh eksklusif baby dalam perut ni masa scan 3d/4d lepas. 5 minit pertama je baby tunjuk muka & buatkan aku & en.suami tersenyum lebar. tu pun tak puas coz muka agak terselindung dek uri. tapi mmg happy sangat2 coz dapat lah tgok hidung baby ikut siapa :). then dapat tgok baby buka mulut ala2 menguap, tgok baby hisap tangannya & paling best baby buka mata sebelah (^-^) lepas 5 minit.......baby pon tunjuk bontot & tulang belakang kat mama & papa nya. huhuhuhu......sungguh eksklusif :p even nak tgok gender pon tak dapat. surpriseeeeeee untuk mama & papa. Apa pun syukur Alhamdulillah coz by scan, baby adalah sihat. Moganya sihat & selamat hingga akhirnya..insyaAllah.


The next week nya, appointment ngan pakar @ Hospital Putrajaya. Alhamdulillah, doktornya sgt lah bagus. Kita yg ada masalah pon rasa macam dah tak ada masalah bila doktor rawat & nasihat kita dengan penuh lemah lembut & paling utama the doctor tahu apa yg perlu dibuat.
So, since ada maslah GDM & sejarah IUD yang lepas, doktor buat detailed scan yg bagi aku & en. suami memang lah tersangat detail. Dulu, masa pregnant anak pertama...hanya sekali je doktor kat klinik scan. Aku tak tau mcmna rupa jantung berdenyut, aku tak dapat tgok rupa buah pinggang & hati baby melalui scan. But, this time...doktor tunjukkan semuanya. En. suami sgt happy tengok semua tu this time. Semua doktor tunjukkan. Dari jantung, ke buah pinggang, ke hati dan kiraan jari baby. Thanks doktor coz bagi hari yang indah untuk aku dan suami :) So, by scan ni juga, my baby sihat sempurna & no effect GDM yg aku bawa ni. Maksudnya, berat baby masih normal & selari untuk minggu yg ke 31 ni. Alhamdulillah. Macam biasa, aku sgt teruja nak tau gender baby. Bukan apa....nnt leh la beli baju yg matching. kalau girl, bole lah beli pink. Dengan malu alah, tanya lah doktor tu apa gender baby. Doktor pon jenuh pusing sana-sini nak cari imej yg terbaik utk kenal pasti gendernya. Tp, still surpriseeeeeeeeeeee....memang lah baby ni nak surprise kan mama & papa nya. Tak pa lah..yg utama baby sihat :)

So....secara umumnya, the next shopping time untuk baby, kena cari baju yg selamat lah. No pink or riben2 coz kalau baby boy, cam tak sesuai je kan.

Lelaki atau perempuan bukan utama....yg utama, baby sihat sempurna dan lahir kelak untuk sempurnakan hari aku dan suami...insyaAllah :)


p/s : doktor tu namanya Dr. Fazlin Azihan Harun...thanks doc for your best service :)

March 19, 2011

JUS PERIA KATAK & EPAL HIJAU


Salah satu petua petui yg aku dapat utk control or hilangkan terus GDM (diabetes semasa hamil) adalah dgn minum jus peria katak & epal hijau. At first, dgr je peria katak terus mencebik coz tak payah rasa, kompom pahit. Siap tanya mak lagi pendapat dia. Mak pun suruh minum gak coz mak pun pernah minum & amalkan. Alhamdulillah kencing manis turun.

So...dgn berat hati, terus blend si peria katak yg menggerutu tu ngan si epal hijau yg haluuuuus je.


Blend punya lah lama konon nak pastikan sis2 si peria katak tu hancur lumat tanpa perlu ada cebisan2 yg kot2 tergigit..pahit tak hengat kan..hahahhaha.Tapis punya tapis, dapatlah segelas jus tu.



Patutnya en.suami kena test dulu jus tu (ikut perjanjian asal), but janji tinggal janji. Aku gak kena mencemar dulu since yg kena GDM adalah aku, bukan en.suami. 1st try, minum guna sudu. amik hujung sudu je. Arghhhhhhkkkkkk...pahit nya. Tapi demi nak control GDM ni sebab esoknya kena wat ujian darah, gagah kan lah jugak minum.

Hasilnya....alhamdulillah dgn izin Allah, 3 daripada 4 ujian darah yg dibuat, semua ok & dibawah paras GDM. Tp kantoi utk ujian ke-4. Hanya kerana sebiji pau daging...huhuhuhu. So, pas ni kena minum lagi.

Yg pasti, GDM ni semua kena paham, ia melibatkan gangguan hormon. So, bila hormon dah terganggu, even tak makan apa pon ujian tu leh kantoi. Yg paling utama, amalkan segala petua yg ada sebagai salah satu daripada usaha kita, berdoa dan bertawakal pada Allah & jgn stress. InsyaAllah...moga segalanya selamat. Terima kasih pada kengkawan yg sudi berkongsi petua ni.

March 18, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE


kredit pic kpd mph

A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sangat berharap utk dapatkan buku ni & syukur alhamdulillah ada kawan yg dapat offer baik punya untuk beli buku ni. So...sekarang cuma tggu buku utk sampai ke tangan. Tun Dr. Mahathir (TDM) merupakan pemimpin yg aku kagum atas pemikiran beliau yg jauh ke hadapan. Kalau mat salleh sibuk dengan 'think out of the box", TDM dah lama apply kaedah tu dalam agenda pembangunan/kepimpinan beliau.
Berharap kalau pihak MPH selaku publisher dapat keluarkan buku ni dalam versi bahasa melayu juga. Then dapatlah belikan buku utk abah yg sama-sama kagum dgn TDM. Nak beli versi sedia ada ni, abah tak pandai omputih..huhuhu :)
For review & order (al maklum sekarang, buku ni sold out), just visit MPH website


March 12, 2011

UNTUK YG PERNAH KEHILANGAN SESEORANG

"Sekiranya anda bersedih kerana kehilangan seseorang,
sebenarnya...jauh di lubuk hatimu yang sangat dalam,
anda sedang mensyukuri sambil terharu,
bahawa dia pernah ada bersama-sama denganmu"

-Kahlil Gibran-


Sesungguhnya.....bila kita kehilangan seseorang yg terindah/tercinta dalam hidup kita, kita seharusnya bersyukur bahawa dia pernah ada dalam hidup kita, mencetuskan momen yang terindah dan akan terus segar dalam jiwa dan sanubari. Kehilangan seseorang juga mampu membuatkan kita lebih kuat dalam menghadapi hari2 yang mendatang dengan mengimbas kembali memori indah yang pernah wujud antara kita dan seseorang yang terindah/tercinta itu.................pada aku sendiri, kehilangan anak berikan kekuatan yang sungguh luar biasa kerana momen sepanjang mengandung tetap dalam ingatan sampai ke hujung nyawa dan menjadi semangat untuk menghadapi hari2 seterusnya bersama keluarga yang terindah......

March 11, 2011

TERIMA KASIH PADA YANG PRIHATIN

Alhamdulillah.....

Hidup sentiasa dikelilingi orang2 yang prihatin waima dengan masalah kesihatan kita.

Kencing manis masa hamil memang biasa & tak lah teruk sangat (kata sesetengah orang). Tapi, ia adalah SANGAT TERUK pada aku since aku ada history baby meninggal & semua benda-benda yang jadi (Hb rendah & GDM) buat aku sket stress & takut.

Alhamdulillah, ada ramai yg prihatin & bagi macam2 nasihat serta petua. Terima kasih diucapkan. Hanya Allah mampu balas keprihatinan kalian.

Antara petua yang dapat & praktikal untuk dilaksanakan :

1. Minum jus campuran peria katak & epal hijau--> saranan biras aku. Epal hijau ok lagi, tp kalau peria katak...adoyai. Tak terpikir :p tp insyaAllah akan dibuat & en. suami adalah org pertama yg kena rasa dulu. Food testing giteww..hahaha

2. Baca al-Fatihah 70 kali setiap hari--->saranan dari shima. Thanks dear atas kata2 semangat yang diberi. Itu lah namanya kawan..luv u lahhhh :)

3. Makan telur ayam kampung separuh masak 2 biji setiap hari---> saranan along . Thanks along. Walaupun x suka mkn telur separuh masak, tp demi baby akan gagahkan diri. Yg jadi masalahnya, mn nak dapat telur ayam kg tu..huhuhu..takpa..ni en.suami punya kerja.


Ni antara petua.....nasihat2 dan kata dorongan yg menguatkan semangat pon byk membantu emosi aku. Terima kasih sekali lagi pada semua atas keprihatinan anda :)

March 10, 2011

DIABETES SEMASA MENGANDUNG


Dugaan sungguh bila mengandung ni. Hb rendah since 1st preganncy. 2nd pregnancy pon still rendah. 2nd time buat MGTT, kompom aku ada kencing manis semasa mengandung atau GDM = Diabetes Mellitus. Sangat down bila doktor cakap result MGTT tu. Rasa macam nak pitam...mata dah berair nak nagis tp kena tahan. Malu lah kalau doktor nampak kan :p

Tapi apa pun yg jadi, hebat mana pon dugaan yg datang, aku kena kuat. Aku kena lawan semuanya. Ada sebab Allah uji aku dgn segala dugaan ni. Mana mungkin Allah uji kalau kita tak mampu nak hadapinya. Cuma, mcmana kita nk menghadapi dugaan & apa yg akan kita buat...ini yg paling utama. Dugaan akan buat kita lebih dekat dgn Allah.Itu pasti.

Berhadapan dgn situasi yg tak best ni, aku start kaji diri aku sendiri. Tang mana salah silap aku. Untuk lebih ceria kan mood aku, aku cuba cungkil hikmah yg aku akan dapat dari dugaan ni. Mungkin.....Allah nak hadiah kan sesuatu yang terindah utk aku lepas ni? pastinya, anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling indah :) Alhamdulillah, baby macam tau yg mama nya sgt sedih....baby pun bergerak dengan lincah & aktif. Sebab baby tau yg mama dia akan senyum & ceria bila baby bergerak. Terima kasih sayang..........

Bila ada GDM ni, aku pon call mak..mak pon ala2 doktor pesan kurangkan makan tu, makan ni yg boleh menyumbang kepada kencing manis. Yg pasti, aku mmg tak jg diet makan..even aku tau mak ada kencing manis. Kiranya family history lah..But, take it positive..benda dah jadi kan. Paling kelakar, aku marah en.suami. Kononya dia lah penyebab aku ada GDM ni.hahahha. Sorry lah abang... :) tu la, sapa suruh masak nasi goreng sedap2..tak pasal2 ur wife mkn bertambah2...huhuhu.

Apa yg pasti, bila situasi ni melanda, aku lebih berhati2 & jaga pemakanan. Habis semua aku google utk dapatkan info. InsyaAllah, segala info yg ada akan dimanfaatkan. Kalau nak tau pasal fakta2 GDM ni, leh klik sini----> info GDM (credit kpd edaran salindah) dan kalau nak menu sesuai untuk GDM, klik kat sini---> menu GDM (credit kpd bidanbersalin.blogspot).

Moga, next check up...diabetes dah tak ada. InsyaAllah :)




March 9, 2011

KISAH NURSE DI HOSPITAL PUTRAJAYA

Pertama kali berurusan dengan Hospital Putrajaya (HPj) adalah time nak deliver last year (May 2010) Alhamdulillah......nurse & doktor nya sangat lah baik hati..peramah.

Kali kedua datang pada hari ni coz kena refer ke Klinik O&G. Sampai di kaunter klinik O&G dalam pukul 7.35 am. Bajet abis awal lah...kebetulan ada seorang lelaki yg bertanya pada nurse. Kesian sungguh lelaki tu...dtg nak bertanya tp dimarah-ala-perli oleh nurse yg muka ntah apa-apa je. Konon cara bercakap dah abis diplomatik..oh pleaseeeeeeeeee lah. Bagus nya that guy, dia lebih berdiplomatik berhadapan dgn nurse-petugas kaunter-berlagak-ala2 doktor pakar tu. Kalau aku, kompom aku sembur nurse tu. Kita bertanya, tp dijawab ala2 kita marah dia plak.eiiiii..ni baru pagi buta..belum ada patient lagi yg diuruskan, tp mood dah serupa rawat 40 pesakit. Then, my turn nak bertanya since ni kali pertama aku ke kaunter Klinik O&G ni. Perbualan ala2 di bawah dgn sedikit editing coz aku tak dpt nak ingat exact word yg kuar dr mulut aku & nurse berlagak tu:

aku : nurse, sy baru 1st time dtg & ada bw surat doktor

nurse berlagak : 1st time dtg pun kena daftar dulu walaupun ada surat doktor

aku : ok

Hahahha...berlagak sungguh. Kalau baca tanpa perasaan, memang mcm biasa je. Tp, kalau dgr nada nurse tu, mmg berlagak punya tahap. Tp takpa lah...malas nak layan org yg tak reti adab ni. So, kalau org komplen petugas kaunter kerajaan tak mesra alam..memang betoi. Aku sendiri org gomen...so, bukti depan mata.

Pas dah daftar semua, pergi lah semula ke kaunter Klinik O&G tu. Since kali pertama dtg (as said before), aku mmg x tau prosedur apa yg aku perlu buat. So, pi la tanya nurse kat kaunter. Nurse yg berlagak tu ada..tp aku tanya nurse lain. "nurse, sy nk bg surat doktor ni" & sungguh kelakar lah nurse yg kedua ni. " puan mengandung ke?" dgn nada yg mendatar. Dalam hati aku ni, berdekah2 ketawa. "iye" jawab aku simple.

Ya Allah...adakah aku ni slim tahap gaban smpai dia tak nampak aku mengandung. Punya lah memboyot perut ni aku tatang...dia boleh tak nampak? atau dia ingat aku buncit ngan lemak kot...alamak !!!!!! adoyai nurse...akak dah 7 bulan nokkkkkk :P kelakar lah nurse ni..hahahha

Nasib lah, appointment dgn doktor next week, kalau hari yg sama, mmg aku akan komplen kat doktor tu bahawasanya dia ada nurse yg hanya menjaga kaunter, tp diva nya mood diorang seolah2 doktor yg terpaksa membedah org pagi tu...please lahhhhhhhhh.

Pada that guy..salute lah coz boleh tahan dgn nurse yg berlagak tu walau pun aku nampak muka tak puas hati dia. Silap aku satu je...aku lupa nak tengok nama 2 org nurse tu..kalau tak memang aku letak nama depa kat sini....