May 30, 2011

AL-FATIHAH...SETAHUN SUDAH BERLALU

Al-Fatihah buat arwah anak sulung - Afiq Zulqarnain yg genap setahun menghadap Illahi.

Setahun telah berlalu...terasa seolah-olah baru semalam berlaku. Sepanjang setahun, arwah sentiasa dalam ingatan dan pusara arwah saban minggu diziarahi sekiranya tiada aral & diizinkan Allah.

Moga arwah Afiq tenang dan bahagia di bawah rahmat Allah.

Datanglah berapa pejuang dan madu dalam hidup mama & papa pun . Namun, Afiq tetap yang pertama dan kekal dalam ingatan sampai saat kita bertemu di akhirat kelak.

Alhamdulillah, betapa hebat dan indahnya saat mengandungkan arwah, begitu lah hebatnya juga Allah kurniakan hikmah di atas kematian arwah. Hari ni, genap 23 hari Aziq Zulqarnain lahir ke dunia..penawar untuk aku dan suami. Syukur alhamdulillah...sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pada Allah jua kita berserah.

Sesungguhnya, ketenangan sepanjang mengandungkan arwah akan kekal selamanya. Moga Allah makbulkan doa aku untuk kembali ke Tanah Suci Mekah kerana di sana, ada kenangan terindah bersama arwah. Amin..

Sekali lagi, doa yang sama aku ucapkan dalam setiap solat.."Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah anakku dan moga arwah menjadi penghuni syurgaMU yg bahagia sebahagia-bahagianya. Dan, ampunkan segala kecuaian, kelalaian dan dosa aku sepanjang mengandungkan arwah..Amin "

4 comments:

alongaishah said...

kak miza...tahniah..tak tau pulek kak miza dah bersalin...selamat berpantang..hehe...

Green said...

kakak sayang...congrats...terasa lame pulak tak tgk muka aziq. tgk mase kat umah hari tu, dier tutup mata je. hehe. take care ye. kami tgh bz pindah + kemas ni.

miezahassan said...

Ikha dear : tqvm...utk segala bantuan & perhatian (cewahhh) sepanjang mieza ngandung dulu. Especially..segala kata nasihat, panduan & artikel yg berkaitan :) Aziq & mama nya sgt terharu. Nnt abis pantang, kita jumpa ek..at least b4 u deliver :)

miezahassan said...

Along : Alhamdulillah..dah selamat :) bersalin paksa (induce) coz GDM & history sblm ni. Anyway..tqvm tau :)