March 31, 2013

PENGALAMAN BERPANTANG (CARA SENDIRI)

Alhamdulillah...hari ni 31.3.13. Bermakna Azra dan berusia 31 hari dan mama pon dah berpantang 31 hari. Lagi 14 hari ajerrrrr lagi. Tengok angka tu mmg mcm tak lama jerrrr lagi..tp yg melalui nya, 14 hari mcm 14 minggu.

Dah 3 kali berpantang...banyak perbezaan antara pantang kali pertama, kedua dengan ketiga. Pantang kali pertama, berpantang sendirian tanpa anak disisi (Al-Fatihan untuk arwah Afiq). So, tak ada istilah dan slot menyusu badan. Makanya, berpantang pon sangat mantap. Bertungku 2x sehari. Berbengkung setiap hari dan hampir sepanjang masa (konon nak body mantap). Ubat makan tanpa miss. Minyak sentiasa bersapu dan stokin sentiasa di kaki. Makan toksah cakap lah..memang pantang sungguh-sungguh. Maklum, kali pertama, mak pon pantau. Pas tu orang2 tua dok pesan jaga makan, takut nanti kancing gigi, sejuk, bentan dan mcm2 lagi. Naik risau dibuatnya. Paling best, setiap kali lepas makan, cuma boleh minum air segelas aja..air panas plak tu. Adoyaiiiii.

Berpantang kali kedua dengan Aziq disisi. Alhamdulillah, Aziq menyusu badan. Makanya, proses nak bertungku memang terhad (alasan sebernarnya)....mula-mula 2x sehari dengan tempoh bertungku yang agak lama, then, slowly tempoh bertungku semakin berkurang sehingga sesi bertungku jadi 1x sehari saja...dah hujung2 pantang, terus tak bertungku. Berbengkung pon sama, awal2 aja pikir nak badan mantap...lepas tu buat alasan sendiri - menyusu badan boleh mencantikkan badan. Akhirnya, kain bengkung terlipat begitu ajaa :) Stokin pon sama...alasan kata kulit melepuh..haha. Bab makan masih jaga..al maklum, mak yg jaga & masak. TAPI...bab minum air, memang langgar pantang. Alasannya, i menyusu badan, so air kena cukup untu memastikan susu sentiasa ada. Wallahhh...hehe. Selalu minum air bergelas2 dibelakang mak.

Berpantang kali ketiga ni, dengan Azra disisi. Alhamdulillah, proses berpantang berjalan dengan baik. Tak byk beza (tapi masih ada beza) dengan berpantang kali kedua. Berbengkung dgn tempoh yg jauh lebih pendek dari sebelumnya.. Alasan masih sama. Bertungku pon sama cumanya, walaupun sekali sehai, masih lg bertungku sehingga arini dan harap dapat kekal sampai abis tempoh. Maknanya, lebih baik berbanding sebelumnya. Bab minum air dan berstokin masih sama dengan alasan yang sama. TAPI....yang hardcore (utk aku lahh), hari ke-25, aku dah start & naik motor pi kedai dgn alasan nak beli diapers Aziq seolah-olah tak dak makhluk lain kat dlm rumah. Namanya pon alasan...Rasanya, akan mencemar pantang lagi lepas ni sbb nak bawa Azra ke klinik cucuk sebulan. Harap tak dak apa yg jadi. Dalam hardcore, ada gak rasa bimbang kalau2 jd benda yg tak elok kannn.

Bagi aku, berpantang 44 hari ni penting untuk pastikan badan kita especially rahim/internal kita kuat & recover sepenuhnya. Cuma, ada a few pantang larang yg kalau tak munasabah, tak perlu ikut. Contoh : tak boleh minum air banyak. Kalau air dlm badan kurang, logically nya, mcmna bdn kita nak produce susu? Mcmna nk lawas? dah la nak popo time berpantang sgt menyeramkan, pastu tak mimum air, mau sembelit...erkhhhh. Buah2 tak bole mkn sedangkan buah tu sumber vitamin. Aku langgar tapi terhad kepada oren shj dgn alasan baik utk lawas :) Sayur-sayur tak boleh mkn takut angin. Aku tak setuju tp hv no choice since mak yg sediakan mknan. i follow aja...

Apa yang penting...tepuk dada tanya selera. Dalam memberi pelbagai alasan, ia perlu logik. Sbb kadang2, nak jadi cerita, ada benar/logik sesuatu pantang larang tu.

4 comments:

ayunidati said...

Salam... singgah sini

ayunidati said...

Tahniah...

Anonymous said...

Azra dah besarkan skrang? Betul pantang sendiri memang ken disiplin..kena jaga duri sendiri. Kalau tal.memNg bentan la jawBnya
yer la dah tgk rumah sendiri kotor/ daki..mata sure x dpt tgk saja kan.
huhuhu

Farha IbuCergas said...

Bestnya baca pengalaman ibu berpantang sendiri ni.

Bab berpantang x minum air tu. yang tu mmg paling tak leh diterima akal (maafkan bahasaku :3)

sembelit tau.. jgn x tau ade jek ibu2 yang poo kuar darah sbb sembelit!!!

terbaca pasal anak pertama tu. innalillah. beruntung u. anak menunggu di syurga! MasyaAllah

Selamat berkenalan dear :)


IbuCergas