December 26, 2008

....SeCeBIs KeniKmatAn di DalaM SyurGa....

Sesungguhnya dlm syurga itu berupa sstu yg belum pernah dilihat oleh mata, terdgr oleh telinga & terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja . Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta & dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sgt kacak & suara mereka sgt merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis & kelopak mata. Mereka tidak kencing, buang air besar, berludah & berhingus & peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dr emas & perak, sisir rambut dr emas, kayu bakar dr kayu gahru yg harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu & tidak pernah berselisih dan benci membenci ant. sesama mereka. Mereka diberi pakaian dr sutera halus yg hijau, tebal ,tidak reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yg dpt menerangi ant. timur & barat, diberi pakai 70 mcm perhiasan yg berubah warna setiap jam, berbeza warna dgn perhiasan yg lain, jari-jari mereka ada 10 cincin, yg diukir dgn kata-kata ;

1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yg diwariskan kpdmu kerana amalmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga
segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)

Penglihatan mereka dilapangkan sehingga pandangan yg jauh kelihatan dekat. Didirikan bagi mereka kubah dr mutiara, zabarjat & yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a. Setiap pagi & ptg mereka diberi mkn dgn 70,000 piring dr emas yg berbeza warna, rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yg terdiri dari mutiara & yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah yg tidak pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas & perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum,& kerikilnya mutiara serta yakut & urat-urat pohonnya dari perak, dahannya dari mutiara & zabarjad, daun & buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk @ baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari dari 4 warna; putih, hijau, kuning & merah. Tubuhnya dicipta dari za'faran, misik & kafur, rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya dari kaki ke lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut ke buah dada tercipta dari anbar. Dari leher ke kepala tercipta dari kafur. Andai kata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya & nama dari nama-nama Allah SWT. Di tangannya ada 10 gelang emas, cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara & permata."

Sekurang-kurangnya penduduk syurga memiliki 80,000 pelayan & dikahwinkan dgn 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 org ketika makan, minum & senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT & bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut & marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu & amat mencintai suaminya. Suci dari kotoran, haid, nifas, kencing & air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin @ manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yg baru dilahirkan, bahkan lebih jernih & bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yg sdg terbang. Betis yg tembus, sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pd wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pd tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit & bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia & seisinya.

Terdapat kemah-kemah yg mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yg berlubang. Ada bilik yg bagaikan taman yg luas dipenuhi pepohon palma &di kelilingi sungai yg mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati & lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana & pokok gaharu serta dilapisi dgn pelbagai marmar berwarna. Burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati berterbangan smbil menyanyi. Setiap bilik dihiasi dgn perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, emas & perak. Di bilik yg indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan suami mereka dgn menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan org yg sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka mendendangkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka, setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Di sediakan tempat utk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yg belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya." Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa & raga mereka kepadanya.

Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas. Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.

Wallahu'alam.

No comments: