Showing posts with label To Read..to Feel. Show all posts
Showing posts with label To Read..to Feel. Show all posts

December 10, 2010

BEING HAPPY OR NOT?


There are those who say :

"I cannot be happy because I am sick, because I have no money, because it's too cold, because they insulted me, because someone stop loving me, because someone didn't appreciate me"

But, what you don't know is that you can be happy even though you are sick, whether you have money or not, whether it is too hot,
whether someone has insulted you, or someone didn't love you, or hasn't valued you...

BEING HAPPY
is an attitude about life and each of us must decide !

BEING HAPPY
depends on you !




credit to niza for your wonderful email :)



November 22, 2010

KUPU-KUPU SYURGA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

May 21, 2010

KERANA DUIT..........

Kerana duit....
Manusia jadi tamak haloba
Manusia mula lupa diri
Manusia lupa pada hukum halal & haram
Manusia hilang iman

Kerana duit...
Manusia jadi kelabu mata
Manusia mula gelap hati
Manusia hilang nilai kemanusiaan

Kerana duit....
Manusia lupa tanggungjawab
Manusia lupa Allah
Manusia lupa segalanya................

Moga kita tak tergolong dalam golongan seperti di atas...nauzubillah

September 2, 2009

HATI TERSENTUH....AIR MATA MENGALIR

Pagi ni baca emel yang sangat menyentuh hati...emel yg dah selalu dapat. Semua orang dah baca..maybe. Terdetik hati nk post as entry untuk dikongsi.

Yang pasti...hati memang tersentuh...air mata mengalir bila baca...rasa rindu pada Rasulullah walaupun tak pernah bersua muka...hasben pernah tanya..."kenapa kita tak terpilih utk hidup di zaman Nabi Muhammad ye?". Aku jahil..tak tau nak jawab apa..yg pasti, walau di zaman mana pun, itu takdir, qada & qadar hidup kita..dan jiwa rindu pada Rasulullah wujud untuk kita rasa...



Detik-Detik Rasulullah Dijemput Sakaratul Maut


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentarkemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka


July 20, 2009

RaHs!A 5 jAr!


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskankan jari ke depan dlm keadaan terbuka & renung dalam2. Itulah kewajipan solat 5 waktu & jangan kita abaikan.


3. Letak tangan atas meja & perhatikan. Mula dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar& terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Semua bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri kesan yg besar pd masa depan.


4. Tgk jari kedua, jari manis. Macam usia remaja..semuanya manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.


5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. pada usia 30 kita ada status, ekonomy & kerja yg stabil tp kita perlu hati2 sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yg datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 Oleh itu, kita kena lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk dan gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Begitulah dgn kita yang perlu jadi role model kpd generasi hari ini, jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas .


7. Akhir sekali, lihat kepada ibu jari..besar/gemuk & pendek berbanding jari2 lain yang menunjukkan kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tiada ibu jari...sukar utk genggam/pegang sesuatu... kepada generasi muda, nak buat apa pun jua, rujuk lah pada org tua/berpengalaman.

March 31, 2009

Life is short - beautiful story


The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21. Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US. Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication. In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of quimo to end.


In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss.


An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well. The other couples in the picture are Nick's parents. Excited to see her son marrying his high school sweetheart.


Katie, in her wheelchair with the oxygen tube, listening a song from her husband and friends.



At the reception, Katie had to take a few rests. The pain do not let her to be standing up for long periods

Katie died five days after her wedding day. Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think..... Happiness is reachable, no matter how long it last. We should stop making our lives complicated.




Credit : Asscrewz Portal

March 17, 2009

10 WORDS FOR LIFE LEARNING

  • The most selfish ONE letter word - ' I ' ...........avoid it
  • The most satisfying TWO letter word - ' WE ' .............use it
  • The most poisonous THREE letter word - ' EGO ' ............kill it
  • The most used FOUR letter word - ' LOVE ' ..............value it
  • The most pleasing FIVE letter word - ' SMILE ' ............... keep it
  • The fastest spreading SIX letter word - ' RUMOUR ' ................ ignore it
  • The hardest working SEVEN letter word - ' SUCCESS ' .............. achieve it
  • The most enviable EIGHT letter word - ' JEALOUSY ' ............ distance it
  • The most powerful NINE letter word - ' KNOWLEDGE ' ................ acquire it
  • The most essential TEN letter word - ' CONFIDENCE ' ................ trust it

March 16, 2009

Mengapa teriak ? Hati tidak berjarak

Di suatu pagi yg hening, guru bertanya pada pelajar2 nya ; "Mengapa ketika seseorang sedang marah, ia akan berbicara dengan suara yg kuat atau berteriak?"



Seorang pelajar menjawab ; "Kerana saat itu, ia telah hilang sabar, lalu berteriak."



Guru membalas ; "Tapi...Lawan bicaranya tidak jauh, hanya di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Mengapa tidak berbicara dengan baik?"



Semua pelajar memberi jawapan dan alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik, tetapi tiada satu pun jawapan yang memuaskan hati.



Guru bertanya lagi ; "Ketika 2 org sedang berada dalam situasi marah, jarak kedua2 hati mereka sangat jauh w/pun fizikal mereka sangat dekat. Lantas mereka berteriak lantaran jarak hati yg sangat jauh. Peliknya, semakin keras berteriak, api kemarahan semakin naik dan secara sendirinya jarak hati yg sedia jauh menjadi semakin jauh lagi. Kerana itu, mereka semakin berteriak keras."



Sambung guru ; "Sebaliknya, lihat apa yg terjadi pada org yg saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, malah ketika berbicara, suara mereka begitu halus dan lembut, namun masih jelas untuk didengari oleh kedua-duanya. Mangapa sedemikian?"



Pelajar2 tersebut berfikir dengan serius....namun tiada siapa yg memberi jawapan.



Guru menjawab ; "Kerana pasangan bercinta, hati mereka sangat dekat, hati mereka tidak berjarak. Tidak perlu berkata-kata, pandangan mata sahaja sudah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yg ingin disampaikan."



"Ketika kita sedang marah, jgn lah hati kita menciptakan jarak. Dan jgn sesekali mengungkapkan kata2 yg menambahkan lagi jarak antara kita. Mungkin ketika itu, adalah bijaksana kiranya kita tidak mengungkapkan apa jua kata2. Kerana...waktu akan membantu kita"



Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan baik, mampu mengalahkan mereka yg mempunyai kemampuan yg lebih banyak......





Petikan : Luahan Rasa -Mingguan Malaysia 25 Feb 2007 (my own collection)

March 12, 2009

what a woman want

Young King Arthur was ambushed and imprisoned by the monarch of a neighboring kingdom. The monarch could have killed him but was moved by Arthur's youth and ideals. So, the monarch offered him his freedom, as long as he could answer a very difficult question. Arthur would have a year to figure out the answer and, if after a year, he still had no answer, he would be put to death.

The question?... .What do women really want? Such a question would perplex even the most knowledgeable man, and to young Arthur, it seemed an impossible query. But, since it was better than death, he accepted the monarch's proposition to have an answer by year's end.

He returned to his kingdom and began to poll everyone: the princess, the priests, the wise men and even the court jester. He spoke with everyone, but no one could give him a satisfactory answer. Many people advised him to consult the old witch, for only she would have the answer. But the price would be high; as the witch was famous throughout the kingdom for the exorbitant prices she charged.

The last day of the year arrived and Arthur had no choice but to talk to the witch. She agreed to answer the question, but he would have to agree to her price first. The old witch wanted to marry Sir Lancelot, the most noble of the Knights of the Round Table and Arthur's closest friend! Young Arthur was horrified. She was hunchbacked and hideous, had only one tooth, smelled like sewage, made obscene noises, etc. He had never encountered such a repugnant creature in all his life. He refused to force his friend to marry her and endure such a terrible burden; but Lancelot, learning of the proposal, spoke with Arthur. He said nothing was too big of a sacrifice compared to Arthur's life and the preservation of the Round Table.

Hence, a wedding was proclaimed and the witch answered Arthur's question thus:

What a woman really wants, she answered.... is to be in charge of her own life. Everyone in the kingdom instantly knew that the witch had uttered a great truth and that Arthur's life would be spared. And so it was, the neighboring monarch granted Arthur his freedom and Lancelot and the witch had a wonderful wedding. The honeymoon hour approached and Lancelot, steeling himself for a horrific experience, entered the bedroom. But, what a sight awaited him. The most beautiful woman he had ever seen lay before him on the bed. The astounded Lancelot asked what had happened The beauty replied that since he had been so kind to her when she appeared as a witch, she would henceforth, be her horrible deformed self only half the time and the beautiful maiden the other half.

Which would he prefer? Beautiful during the day.....or night? Lancelot pondered the predicament. During the day, a beautiful woman to show off to his friends, but at night, in the privacy of his castle, an old witch? Or, would he prefer having a hideous witch during the day, but by night, a beautiful woman for him to enjoy wondrous intimate moments?

What would YOU do?

Noble Lancelot said that he would allow HER to make the choice herself. Upon hearing this, she announced that she would be beautiful all the time because he had respected her enough to let her be in charge of her own life.

The moral to this story?


If you don't let a woman have her own way...Things are going to get ugly!


ahaaa...i like the statement...so guys...think...think..think.... :)

March 11, 2009

BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR




Dua sahabat - Cinta dan Kasih, sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di pertengahan perjalanan tercetus pertengkaran. Cinta telah menampar pipi Kasih. Kasih berasa sangat sakit hati, tetapi tidak membalasnya. Tanpa berkata apa, Kasih menulis di atas pasir;

Hari ini, sahabat baik ku telah menampar pipiku

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehingga ke sebuah kawasan subur di padang pasir itu. Mereka sepakat untuk mandi di situ sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh. Dalam keasyikan membersihkan diri, tiba2 Kasih nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh Cinta. Ketika Cinta telah sedar dari lemas, dia menulis di atas sebuah batu;

' Hari ini, sahabat baik ku telah menyelamatkan nyawaku '


Cinta bertanya ; " Mengapa bila aku melukaimu, kau menulis di atas pasir dan sebaliknya bila kau menyelamatkan mu, kau menulis di atas batu? "


Kasih menjawab; " Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Sebaliknya, apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita agar tidak hilang ditiup sang bayu


Dalam kehidupan, seringkali berlaku perbezaan pendapat dan koflik tidak dapat dielakkan. Maka, cubalah utk saling memaafi dan melupakan perselisihan


BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR



Petikan : Artikel Mingguan Malaysia - Luahan Bersama Putri (7 Jan 2007)

February 23, 2009

MENGAPA MATAHARI?

Seorang wanita bertanya pada seorang pemuda tentang cinta & harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia & pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa matahari, bukan kupu2 atau kumbang yg akan menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan & pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita menjadi bingung kerana rembulan dan matahari takkan bertemu, tetapi pemuada tetap ingin menjadi matahari.

Wanita berkata ingin menjadi burung yang boleh terbang ke langit jauh di atas matahari & pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari. Maka wanita itu pergi & tak pernah lagi kembali atau bertanya kenapa pemuda tetap ingin menjadi matahari. Sang pemuada merenung sendiri sambil menatap matahari....


Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Bukan kah matahari akan memberikan semua sinarannya untuk bunga agar ia terus hidup menjadi bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya akan dapat memandang dari jauh yg mana akhirnya sang kupu2 yang akan menari bersama bunga

Ini disebut KASIH - memberi tanpa syarat atau imbuhan


Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah datangnya dari pantulan cahaya matahari. Tetapi saat semua insan mengagumi bulan, siapa akan mengangumi matahari. Matahari rela memberikan cahanyanya untuk bulan walaupun matahari sendiri tidak akan sesekali berupaya utk menikmati keindahan cahaya bulan. Jasa matahari dilupakan dan kemuliaannya memberi cahaya juga dilupakan asal sang bulan mendapatkan kemuliaan itu.

Ini dinamakan PENGORBANAN - menyakitkan namun sangat layak untuk CINTA


dan...Saat wanita ingin menjadi burung yang bebas terbang nun jauh ke atas matahari, pemuda tetap ingin menjadi matahari agar burung bebas terbang ke mana sahaja pada bila2 masa dan matahari tidak akan mencegah. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan tetap dan selalu menyimpan cinta yang membara dalam hatinya hanya untuk burung. Matahari selalu ada untuk burung pada bila-bila pun ia mahu kembali walaupun burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapat cintanya.

Ini disebut KESETIAAN - walau ditinggal pergi & dikhianati, namun tetap menanti dan sedia memaafkan..


Pemuda tidak menyesal menjadi matahari bagi wanita.....


ermm....adakah semua pemuda sebegini pemikirannya?????



koleksi artikel Mingguan Malaysia 8 April 2007

January 22, 2009

Kajian Yg Membawa kepada Pengislaman.....

Salam....

Sekadar bahan bacaan yang di e-mel oleh seorang kawan. Kredit kepada penulis asal (nama tak dapat diketahui) ...satu penerangan yg sgt menarik....



DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat(AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai! Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan diTrinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir 2 dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).Walaupun mempercayai & seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yg dipercayai juga seorang yang ateis.Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini dibesarkan oleh neneknya,Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama drpd ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia.Ibunya meletakkan agama & identiti agama itu hanya sebuah fenomena & apa yang penting dlm agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya."Perbahasan yang rasional & kritikal jauh lebih penting drpd sekadar mematuhi ajaran & perintah suci agama."Islam, Kristian, Buddha & agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai 1 jalan menuju hakikat kebenaran," katanya. Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak turut mengikut jejak langkah si ibu itu.



Namun mari kita bandingkan dgn seorang anak muda dr Pasadena, AS,Micheal David Shapiro (gambar). Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran & segala perintah-perintah yang suci."Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari 1 tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada 2 atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yg 1."Jika 'seorang' tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kpd 1 tuhan sahaja," katanya. Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya utk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yg ateis."Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yangmenciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta & segala yg terkandung di dalamnya wujud. Jd, benarlah tuhan itu mesti wujud."Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat 'beribu-ribu' tuhan yang wujud seperti yg didakwa oleh pelbagai pengikut," katanya. Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada 1 tuhan atau monotheistic."Ini menjadikan usaha saya lebih mudah," katanya. Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu kerana kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji Yahudi, Kristian & Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada 1 tuhan, beberapa orang nabi & 10 Rukun (Commandments), KitabTaurat & Jiwa Yahudi."Jiwa yg Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yg menyebut; 'Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian(Judaism) yg ada'."Kenyataan ini membuatkan saya sgt terkejut, tidakkah ini 1 diskriminasi?! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara 1 sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yg palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya," soalnya.Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi. "Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukumanyang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,"kata Micheal. Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.



"Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila membaca berulang kali, 1 tuhan yg terdiri bapa tuhan, anak tuhan & Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yg Satu. 1+1+1=3, betul ?" Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekalipun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu utk menerimanya," katanya. Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya."Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan org lain dari neraka & menyelamatkan dari dosa yg ditinggalkan oleh Nabi Adam."Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yg berdosa termasuklah bayi yg baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yg lain perlu menanggungnya," kata Micheal.Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda 'menyeru kepada kasih sayang sesama umat'. "Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; "Bapa, tidakkah Kau mengampuniku?" Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh," katanya.Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal.



Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segalakebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima olehakal yang logik?!



"Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab sucial-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman & masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak1,400 tahun dahulu."Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yg lebih menghairankan Islam dinyatakan utk semua tanpa memilih kaum,bangsa, warna kulit, bahasa & asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama," tambahnya. Kata Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan.Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah'berkenalan' dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!

SUBHANALLAH...sesungguh Allah lebih mengetahui segala-galanya...



p/s : Artikel ini telah diedit bg kemudahan bacaan

December 23, 2008

Nikmat Sebuah Pengorbanan

Telah 2 bulan musim hujan berlalu. Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.
'Apa khabar daun hijau?' tanya si ulat.
'Oh ulat...badanmu keliahtan kurus dan lemah sekalai. Mengapa?' tanya pula si daun hijau.
'Sudah puas kau mencari dedaun hijua untuk dimakan, tetapi hampa. Adakah engaku sudi membantu?' tanya semula si ulat kecil.
'Tentu sekali..datanglah lebih dekat'...murni hati si daun. Kerna dalam pemikirannya...Jika memberi sedikit tubuhnya untuk makanan si ulat, dia tetap hijau, cuma kelihatan berlubang2 sedikit...
Setelah kenyang, si ulat berteriam kasih kepada daun yang sudi & rela menjadi makanan si ulat. Si daun hijau berasa sangat puas hati atas pengorbanan yang diberikan...gembira walaupun tubuhnya kini berlubang.
Masa silih berganti dan musim panas tiba. Daun hijau telah berubah menjadi dedaun yang kering dan berubah warna dan akhirnya jatuh ke tanah, disapu dan dibakar orang...

MESEJ :

Apa yang lebih bererti dalam hidup selain berkorban sedikit untuk sesama kita kerna pada akhirnya kita semua akan meninggalkan jua bumi Allah ini...

Berkorban untuk kesenangan orang lain..memang sangat sukar, tetapi nikmatnya sangat indah..

Pilih lah...menjadi si ulat yang menerima kebaikan atau si daun hijau yang senang memberi....