Showing posts with label My SimPle Life. Show all posts
Showing posts with label My SimPle Life. Show all posts

October 29, 2014

PERJALANAN YANG MASIH JAUH

Assalamualaikum...........

Alhamdulillah....selepas beberapa lama terhenti untuk satu tempoh yang sangattttttttttttttt panjangggggggggggggg, i'm backkkkkkkkkkkkkkk kekonon ke dalam arena penulisan blog. Choiiiii

Seriously, bila pandang ke belakang, tertanya2 dgn diri sendiri, apa yang aku busy sgt sampai tak sempat jenguk blog sendiri? Berwasap tak hengat dunia...FB sampai tak sempat new entries/new feed nak masuk, dah log masuk semula...ater camno. Keroje pon tak hebat mana..mengular jugak (Ya Allah,,ampunkan lah ketidak amanah aku dlm bekerja).

Jawapan nya satu je : Mim Alif Lam Alif Sin

Now, kita padang ke hadapan. Terbentang satu perjalanan yang masih jauh (ayat tak hengat).

I'm back for good...pegang ayat2 ini walau sekadar penyedap mulut. Kadang-kadang memang terlintas nak share macam2...hatta baru 1st time buat agar-agar (bahahahaha). Tapi kalau dah penyakit M datang..tak kemana pon semangat tu.

InsyaAllah, moga dengan kehidupan yang sedikit baru...tahun baru (hijrah)..perubahan kerja..bakal menempuhi saat pertambahan umur dan anak-anak yang semakin besar..dapat luang masa mem'blog'. Not for other people..tp untuk kepuasan diri. Aku punya suka ati nak cerita pasai apa la kannnnn.

Moga azam direalisasikan...(risau sungguh ni).

April 13, 2013

HARI TERAKHIR & KALI PERTAMA

Alhamdulillah...

Hari ni 13.4.2013, makanya genap sudah 44 hari berpantang. Yeayyyyyyyy..hip hip hooreeyyyyyy
Rasa hepi ni tak tergambar dek kata2..terasa cam nak lompat bintang tinggi2..itu lah tahap hepi nya aku bila hari ini, hari terakhir berpantang tiba jua. Pas tu ayat standard kuar...kejap je dah 44 hari..sebelum ni rasa macam lambatnya hari nak berlalu..hahhaha.

Gila tak hepi..bayangkan tahap kebosanan yg perlu dilalui. Duduk diam2 dalam rumah (tanpa ambil kira 2 kali aku keluar rumah naik motor pi klinik & kedai), makan berpantang, no sayur kecuali kucai, kecur air liur tengok insan-insan lain makan seenak-enaknya (kala ini ketayap yg tak berapa nak makan pon jadi serupa indulgence cake). Belom lagi tahan sabar tengok adik minum ice blended. Choiiiii betoi, sahaja ja membangkitkan rasa jeles didalam hati.

Cakap kat mak dah last day, selamba mak jawab, hang tu tak serupa orang pantang pon. Stokin entah ke mana, bengkung tak pakai, minum bergelen-gelen, minyak tak bersapu...oppsss & hehehe.

Hari terakhir bersamaam dengan usia Azra 44 hari. Dalam tempoh 44 hari ni, jujurnya, hari ni juga adalah kali pertama aku mandikan Azra. Yang lain semua tok dia yang mandikan :) Bukan tak mau bagi mandi. Aku kan dalam pantang..so, mak cakap tak payah bagi mandi anak lagi..nanti jatuh kang..bentan kang..aku pon ok jerr walaupun dulu masa Aziq, ada beberapa kali aku bg mandi dalam tempoh berpantang. Kali pertama mandikan Azra ni pon sebab mak pi baca Yasin kat kampung sebelah. Kalau tak, memang tak dak lah tajuk kali pertama hari ni. Ahaksss

Well...sepanjang berpantang, dalam menghadapi hari yang terasa sangat panjang dan membosankan, pelbagai agenda telah disusun & to-do list yang akan dibuat selepas berpantang & masuk kerja nanti. Ala-ala azam tahun baru...ada lah tu yang tak terbuat. Macam biasa...urmmm. yang pasti, satu agenda utama iaitu Birthday Party untuk Aziq akan dilaksanakan. Anak bujang mama dah nak masuk 2 tahun uoalsss..

p/s : Esok nak menyambut habis pantang dengan burger paksu & teh ais.. AIS ?????

October 5, 2012

SUSU FORMULA : ALTERNATIF KEPADA ALTERNATIF


Assalamualaikum............

Dah berhabuk, bersawang, berlumut semua ada blog Hdiup Seindah Biasa ni....huhuhu. Last post about 6 mnths ago.


My lil caliph, Aziq alhamdulillah akan cecah 1 tahun 5 bulan this coming Sunday. Seriously, masa berlalu sgt pantas. Aziq dah besar..dah pandai buat macam2 & pandai mengamuk juga which is buatkan mama dia pon sama mengamuk, kerap marah & pastu meroyan blame diri sendiri..huhuhuhu. Apa pon, Allah tahu sayangnya mama pada Aziq :) dan paling penting, Aziq akan jadi ABANG next year, insyaAllah :)

Ok..back to  story...Susu Formula (SF) : Alternatif kepada alternatif? Apa lah kebendanya ehhh. Aziq start minum SF since umur hampir 8 bulan dan waktu tu, susu ibu masih utama. SF hanya consume kat taska je. SF ni adalah alternatif kepada susu badan walaupun ia bukan lah alternatif yg bagus. In fact, tak ada alternatif lain pon utk susu ibu...huhuhu. Ini kegagalan daripada kemalasan seorang wanita bergelar mama. Sangat kecewa dengan diri sendiri.

Bila Aziq nak diberi SF, tak ada susu lain yg aku pilih melainkan susu Anmum (sorry, ini bukan advertorial post atau nak nak ampu syarikat susu tu...hahahha). Kenapa Anmum? Sbb satu je...sebab susu tu tak ada gula tambahan (iklan guna Wardina sgt memberi influence okeyyyy)..Alhamdulillah Aziq boleh minum susu Anmun wpun at first dia reject sbb dah biasa minum susu badan.

Lebih kurang sebulan lepas, teacher kat taska bgtau Aziq kerap poo-poo & kuar darah. Gila cemas time tu & terus bw gi Hospital Putrajaya. Doktor check & alhamdulillah katanya tak ada apa2. Maybe darah sbb kerap poo-poo & luka. Ok, kurang sket cemasnya...tp malam tu & hari2 yang seterusnya, Aziq kerap sgt poo-poo tak mcm sebelum2 ni. Husband mula cuak & ckp sbb susu kot...KOTTTTTT...kott pada husband adalah IYE @ YES @ CONFIRM. Ok...then husband ckp try lah tukar susu lain. Ini memang aku tak suka since aku tak suka bertukar2 benda selain tak tau Aziq boleh ke terima susu lain @ mcmna dengan susu tu sendiri, gula tinggi ke? kandungan nutrisi ok ke? Even masa mula2 decide bg susu Anmum pon kandungan nutrisi ke laut tak tau apa2, tp bila dah lama consume susu tu, haruslah mamanya tau kelebihan susu tu kannnn.

Memandangkan hati risau sbb kekerapan Aziq poo-poo, maka aku turutkan lah nasihat husband. Ada 2 jenis susu alternatif utk menggantikan Anmun dicuba. Aziq boleh minum & tak ada rejection. Semua bedal :p Tapi. apa yang aku perasan, susu alternatif tu, kalau buka & lupa tutup bekasnya, siaplah semut dtg. Tak macam Anmun...tak ada plak semut. Dari situ dah nampak perbezaannya. Nak jadikan cerita, ada satu kali tu Aziq agak susah poo-poo (sembelit kottt). Apa lagi...aku refuse & paksa husband ckp nak tukar balik kepada Anmum. Alhamdulillah, husband setuju sbb dia tak sggup tgok anak kesayangan dia nangis time poo-poo (padahal sekali je kott) ..

So, akhirnya, kembali kepada Anmum & mamanya sgt happy :) Ini bermakna, proses percubaan susu alternatif lain hanya uk tempoh sebulan aja...Teacher kat taska ckp Aziq mungkin kerap poo-poo sbb dia makan sgt byk kat taska. Ooooo, no wonder lah kat rumah dia tak berapa nak makan. Dah makan byk kat taska ehhhhhh..

Okey...ini hanya lah cerita diri aku sendiri. Apa pon, susu ibu adalah yang terbaik. dan aku adalah antara penyokong utama kepada Breastfeed. Kegagalan aku tunaikan tuntutan dlm menyusukan anak sehingga umur 2 tahun berpunca dari sifat MALAS..malas nak buat stok, malas mengepam. Tahniah pada kengkawan & mama2 yang lain di seluruh dunia yang melengkapkan tempoh penyusuan badan. Aku tabik spring pada uoalsss. Insya Allah utk anak yg akan deliver next year, aku akan pastikan tuntutan tu tercapai sepenuhnya. Kenapa tuntutan ehhh..sbb perkara ini ada dinyatakan dalam al-Quran.

p/s : kot2 orang dr syrikat Anmun bc, untung2 leh dpt stok setahun kot..hahahahha

March 7, 2012

GERAM DENGAN DIRI SENDIRI

Serius.......sangat geram dengan diri sendiri. Benda jadi semalam but still teringat2 sampai arini.

Aziq sekarang tak fully BF since dah minum FM. Tapi, alhamdulillah, BM still sumber utama instead of FM. Makanya, stok frozen EBM masih ada lagi. Konon stok utk waktu2 tak dijangka (macam FM dah abis & x sempat pi beli).

Last weekend, adik balik kampung & bila mai balik Putrajaya, mcm biasa la...bekalan ikan mesti ada. Mak & abah plak kalau bagi bekalan..punya lah banyak. Bajet anak pompuan depa ni rajin sangat mask. ohhhhhhhhhhhhhhh ^ ^

Bila dah banyak, mula la peti ais pon penuh & sendat....sumbat selagi bole. So, bila dah selesai menyumbat ikan..dengan suka ati pi lah tido sambil berangan & bermimpi untuk lebih rajin memasak esok & hari seterusnya.

OK...fine. The next day, bangun tido tetap lambat. 1st thing bangun, trus pi dapur nak sediakan breakfast untuk Aziq. (Untuk en.somi idak plak nak sediakan..hehehe). Samapai dapur..terus menjerit. Pintu peti ais (yang belah atas tu lerr) terbuka. OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jenguk kat dalam freezer tu..semua ikan dah mencair termasuk stok frozen EBM. NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! huhuhu..serius, sangat sedih. Itu semua hak Aziq. Macamana la mama nya boleh cuai..bergenang airmata time kena buang semua susu tu. Really sorry Aziq....huhuhuhu.

Today.......still sedih & perasaan paling tepat adalah geram dengan diri sendiri. Sebab apa? sebab CUAI.



p/s: Pulih lah wahai hati...nak jadi rama-rama & hidup warna-warni mcm pelangi :)

November 11, 2011

ANAK_ANAK 1980's



Dulu...suka sgt main game mario. Game guna macam tape tu, apa nama pon lupa sudah :)

Dulu...suka sewa video tape citer hindustan..sekarang semua dvd n vcd

Dulu...pakai hp time belajar kat U je. Tu pun songlap sket duit ptptn utk beli. Sim card mahai nak mampus



Sekarang...mak dah 30's...muahahahaaa..dah tak muda