hidup cukup sekadar seindah biasa kerna akhirnya bahagia yang luar biasa pasti akan menjelma menyinari kehidupan
July 30, 2011
SALAM RAMADHAN
August 27, 2010
SELAMBAK JUADAH AKU TEMPEK
Kadang2...en.suami ni kena lah gak turun bantu isteri kat dapur. Selain dpt membantu ringankan tugas isteri, dpt gak rapatkan lagi hubungan...cewahhhh. Tp, aku punya situasi...selain 2 faedah tu...aku tambah lg satu = bergaduh. Hahaa..mn tak gaduh kalau cara dia masak tak sama mcm kita masak. Pas tu..dah masak..tinggal dapur mcm tongkang pecah..hangin dibuatnya...tp, take it +ve...i likeeeeeeeee
Urmmm...next time nk merasa buffet ramadhan plak..x yah gi jauh2..alamanda aje cukup.
August 24, 2010
4 JUADAH SEKALI HARUNG
Jumaat @20 Ogos, masak daging masak merah (tp pic x lawo..nmpak cam masak kurma plak) & goreng kailan..udahh, siap..pas tu teringin nk makan pisang goreng...maka, siap lah digoreng..abis en. suami makan :(
August 20, 2010
JUADAH BERBUKA : NASI GORENG AJE :)
August 19, 2010
JUADAH PALING SEMPOI UTK HUBBY...
August 18, 2010
JUADAH BERBUKA : DARI HITAM KE MERAH
August 17, 2010
JUADAH BERBUKA : SEAFOOD AJERRR
August 16, 2010
JUADAH BERBUKA YG PALING SEMPOI
Alhamdulillah.........kenyang & puas, yg utama..my luv a.k.a big boss puehhhh hatiiiii :)
p/s: awat la dok teringin sangat nk makan kole kacang ni. Mcm thn lepas plak.ngada2 betul lah tekak ni :(
August 15, 2010
JUADAH BERBUKA : HARI KE-3 & 4
Hari ke-4..sangat simple. Buat kuah sweet & sour dengan campuran sayur bunga kobis + carrot, ikan goreng, kailan & buah mangga. Simple yet memuaskan hati dan perut.
August 13, 2010
JUADAH BERBUKA : HARI KEDUA
Apa juadah berbuka semalam? knp smlm? sebabnya sgt lah malas nk update blog on time atau on the same day.
Hehehe..kalau ikutkan juadah berbuka hari kedua x byk beza ngan ari pertama..juadah utama still bersantan. So, juadah berbuka yg disantap penuh kesyukuran dan nikmat oleh aku & en. suami----> ayam masak lemak cili padi, kailan goreng ikan masin, talang masin goreng bersama cili kering & bawang, pelam & sambal rojak, kordial oren (ais) utk en. suami & air suam sajerrr utk aku...kurma? x yah nk bgtau la coz itu harus n wajib ada :)
So, apa juadah utk ari ketiga plak? urmm, semalam & kelmarin dah berlemak, so kali ni nk buat yg pedas plak..
August 12, 2010
JUADAH BERBUKA : HARI PERTAMA
Alhamdulillah, dah selesai satu hari ramadhan. Sblm puasa, aku dah sibuk cari & tetapkan menu utk bulan puasa...fikir punya fikir, siap list sebanyak 15 jenis lauk pauk yang akan aku masak sepanjang ramdhan tahun ni. InsyaAllah :) So, setiap hidangan akan dimasak 2 kali dalam ramdhan. X kuasa nk tetapkan 30 menu berbeza. Macam lah rajin sgt...hehehe.
So, utk hari pertama, aku masak rendang pedas ikan kayu je..haha..dilengkapkan dengan rendang daging+hati+perut yg dikirimkan oleh mak mentua ema (sepupu), paprik seafood & paling best, ada buah pelam ngan sambal rojak (pon pemberian mak mentua ema). Kurma tu dah tentu lah kan :p
En. suami ckp ni pon dah ok..owhhhhh..senang citer..nasib en.suami jenis x cerewet bab makan kecuali kalau mkn kat kedai..siap arrr..x sedap, mmg dia x pi dah..
p/s : urmm..pas ni nk wat entry ari2 pasal juadah berbuka lah.. :)
August 11, 2010
September 18, 2009
DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE-28, KE-29 & KE-30
Hari Ke-28
Ya Allah, penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMU di antara semua perantara. Wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta
Hari Ke-29
Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah wahai pengasih terhadaphamba-hambaNYA yang mu'min
Hari Ke-30
Y Allah, jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya. Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci dan segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
September 17, 2009
FADHILAT TARAWIH - MALAM KE-28, KE-29 & KE-30
Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat
Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur
Malam Ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-NYA (yang bermaksud) : Wahai hambaKU!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammmad S.A.W yang bernama Al-Kautsar
September 14, 2009
FADHILAT TARAWIH - MALAM KE-25, KE-26 & KE-27
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya
Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat
DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE-25, KE-26 & KE-27
Hari Ke-25
Ya Allah, jadikanlah aku orang-orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup NabiMU. Wahai penjaga hati para Nabi
Hari Ke-26
Ya Allah, jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi. Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar
Hari Ke-27
Ya Allah, rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyanyang terhadap hamba-hambanya yang sholeh
DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE-22, KE-23 & KE-24
Doa Hari Ke-22
Ya Allah, Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMU, turunkan untukku keberkatanMU. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaanMU, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan
Doa Hari Ke-23
Ya Allah, sucikanlah aku dari dosa-dosa dan bersihkanlah aku dari segala aib. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku. Wahai penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa
Doa Hari Ke-24
Ya Allah, aku memohon kepadaMU hal-hal yang mendatangkan keredhaanMU, dan aku berlindung denganMU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMU dan aku memohon kepadaMU kemampuan untuk mentaatiMU serta menghindari kemaksiatan terhadapMU. Wahai Pemberi para peminta
FADHILAT TARAWIH - MALAM KE-22, KE-23 & KE-24
Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
September 8, 2009
DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE-19, KE-20 & KE-21
Hari Ke-19
Ya Allah, penuhilah bahagianku dengan keberkatanMU dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari kebaikan-kebaikannya. Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang
Hari Ke-20
Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka. Dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran. Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin
Hari Ke-21
Ya Allah, berilah aku petunjuk menunu kepada kemuliaanMU. Dan janganlah Engakau beri jalan kepada Syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan istirahat. Wahai Pemenuh keperluan orang-orang yang meminta
FADHILAT TARAWIH - MALAM KE-19, KE-20 & KE-21
Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus
Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh
Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya