Sekadar bahan bacaan yang di e-mel oleh seorang kawan. Kredit kepada penulis asal (nama tak dapat diketahui) ...satu penerangan yg sgt menarik....
DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat(AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai! Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan diTrinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir 2 dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).Walaupun mempercayai & seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yg dipercayai juga seorang yang ateis.Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini dibesarkan oleh neneknya,Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama drpd ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia.Ibunya meletakkan agama & identiti agama itu hanya sebuah fenomena & apa yang penting dlm agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya."Perbahasan yang rasional & kritikal jauh lebih penting drpd sekadar mematuhi ajaran & perintah suci agama."Islam, Kristian, Buddha & agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai 1 jalan menuju hakikat kebenaran," katanya. Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak turut mengikut jejak langkah si ibu itu.
Namun mari kita bandingkan dgn seorang anak muda dr Pasadena, AS,Micheal David Shapiro (gambar). Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran & segala perintah-perintah yang suci."Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari 1 tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada 2 atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yg 1."Jika 'seorang' tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kpd 1 tuhan sahaja," katanya. Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya utk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yg ateis."Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yangmenciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta & segala yg terkandung di dalamnya wujud. Jd, benarlah tuhan itu mesti wujud."Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat 'beribu-ribu' tuhan yang wujud seperti yg didakwa oleh pelbagai pengikut," katanya. Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada 1 tuhan atau monotheistic."Ini menjadikan usaha saya lebih mudah," katanya. Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu kerana kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji Yahudi, Kristian & Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada 1 tuhan, beberapa orang nabi & 10 Rukun (Commandments), KitabTaurat & Jiwa Yahudi."Jiwa yg Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yg menyebut; 'Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian(Judaism) yg ada'."Kenyataan ini membuatkan saya sgt terkejut, tidakkah ini 1 diskriminasi?! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara 1 sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yg palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya," soalnya.Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi. "Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukumanyang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,"kata Micheal. Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.
"Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila membaca berulang kali, 1 tuhan yg terdiri bapa tuhan, anak tuhan & Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yg Satu. 1+1+1=3, betul ?" Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekalipun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu utk menerimanya," katanya. Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya."Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan org lain dari neraka & menyelamatkan dari dosa yg ditinggalkan oleh Nabi Adam."Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yg berdosa termasuklah bayi yg baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yg lain perlu menanggungnya," kata Micheal.Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda 'menyeru kepada kasih sayang sesama umat'. "Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; "Bapa, tidakkah Kau mengampuniku?" Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh," katanya.Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal.
Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segalakebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima olehakal yang logik?!
"Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab sucial-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman & masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak1,400 tahun dahulu."Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yg lebih menghairankan Islam dinyatakan utk semua tanpa memilih kaum,bangsa, warna kulit, bahasa & asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama," tambahnya. Kata Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan.Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah'berkenalan' dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!
SUBHANALLAH...sesungguh Allah lebih mengetahui segala-galanya...
p/s : Artikel ini telah diedit bg kemudahan bacaan
No comments:
Post a Comment